“Abg, seksyen 17, uia...”.
Aku dan bos kecik dalam perjalanan pulang ke uia, jam dah hampir 11 mlm. Mustahil ada bas waktu-waktu macam nie. Harga taksi pun dalam RM4. Dah kira beruntunglah berbanding sahabat-sahabat di uia nilai, tambang dari stesen komuter ke mahallah mencecah rm8. rasanya jarak antara uia nilai dan stesen komuter sama sahaja dengan uia pj dan stesen universiti. Ada juga dikalangan student yang nak buak perkhidmatan prebet sapu, tetapi dihalang keras oleh pemandu-pemandu taksi dan diberi amaran akan menghantar gang-gang pekida untuk mengugut mereka yang ingkar dengan arahan. Nak report kat administrator pun payah juga sebab peraturan cfs uia tak membenarkan pelajar membawa kenderaan sendiri. Sabaq na, lagi pun tak lama pun belajaq kat sana.
“Belajar uia ke, pernah lompat pagar tak??” bro taksi memulakan perbincangan.
“err...umm...”aku tergamam dengan soalan itu.nak jawab dengan jujur segan pulak.
“Ko taw tak, sebenarnya nak jaga pelajar-pelajar nie bukan dengan bubuh pagar keliling universiti. Allah memberi kebebasan kepada manusia untuk bertebaran di atas bumi. Allah dah lantik kita sebagai kalifah, tak kan kot sebagai khalifah, kita tak bebas bergerak ke mana-mana yang kita suka”
Bagus juga bro nie, aku tanya satu soalan,
“kalau tak ada pagar, macam mana nak kawal keselamatan pelajar? Orang asing pun senang-senang je masuk. Kan dah timbul bahaya.”
“adik, yang perlu dipagar adalah punca kepada segala permasalahan ummat, iaitu nafsu kita. Nak pagar senang je, kita semua mestilah kembali kepada Al-Quran dan As-Sunnah.”
Penjelasannya tadi memecah persoalan di kepada aku. Dia menyambung
“kalau kita awal-awal dah pagar nafsu, takkan timbul kes-kes yang pelik-pelik dan kadang-kadang lebih teruk dari zaman jahiliah seperti flash anak dalam lubang najis, seks sesama jantina, mat rempit dan lain-lain. Kalau abang nak cita semua satu hari pun tak habis.”
Betol gak kata abang tadi. Kerja drebar taksi je tapi kefahaman agama lebih tinggi dari menteri.
Kerana nafsulah, maksiat semakin berleluasa di bumi Allah ini, menjadikan nafsu sebagai “Tuhan” di dalam diri. Kerajaan pun bengong satu macam. Dah tahu masalah berpunca dari nafsu, tak nak buat undang-undang yang dapat mengawal nafsu, timbul pulak cadangan yang pelik-pelik macam pakai cawat besi bagi perempuan supaya terhindar dari di rogol. Apa dah, Allah dah tetapkan hukuman sebat 100 kali kepada penzina dan lebih-lebih lagi kepada perogol. Semua hukum jenayah dalam Islam sangat-sangat sesuai kerana hukuman itu bukan sahaja memberi pengajaran kepada penjenayah tetapi kepada seluruh manusia. Mungkin dengan sebab itu, kes jenayah di Saudi Arabia sangat-sangatlah sedikit kerana mereka menjalankan hukum-hukum yang termaktub di dalam Al-Quran.
Seperti mana perempuan, mengapa Allah menyuruh mereka menutup aurat seluruh badan kecuali muka dan tapak tangan dan merendahkan suara ketika bercakap? Maha suci Allah yang Menciptakan kita, Perempuan adalah satu ciptaan Allah yang sangat indah. Seluruh inci tubuh perempuan dari hujung rambut hingga hujung kaki sangat-sangat cantik dan dapat meransang nafsu lelaki yang melihatnya. Andainya seluruh perempuan menutup aurat seperti mana yang disyariatkan, mesti nafsu lelaki berjaya dikawal. Tak perlulah susah-susah habiskan duit upah polis untuk ronda sekeliling bandar, buat kamera tertutup dan lain-lain.
Point kat sini, kembalilah kepada Al-Quran dan Sunnah, InsyaAllah sejahtera dunia dan akhirat.
Sedang kami rancak berbual, bos kecik terlena di belakang. Penat sangatlah kot.
“Sampai dah, rm4.. jangan lupa pesanan abang tadi, ilalliqa’, wasalam.”
“syukran ye..wasalam.”
Dalam perjalanan ke bilik, aku termenung seketika.
"Adakah masih ramai yang berfikir tentang masalah ummat macam bro tadi???

Post a Comment