2 perlawanan Liga Juara Eropah malam tadi menyaksikan 2 wakil England sekadar mampu mencatatkan keputusan seri di tempat masing2. Arsenal sekadar mengikat Villareal dengan 1-1 manakala Manchester United yang masih terumbang ambing diikat FC Porto 2-2 di Old Trafford sekalipun menyaksikan kepulangan semula Nemanja dan Rooney yg baru selesai menjalani hukuman..
Situasi tersebut agak berbeza di Malaysia dimana Pakatan Rakyat berjaya menumbangkan Barisan Nasional dengan 2-1, satu keputusan yang disambut meriah oleh para penyokong mereka.
Analisis awal yang dilihat lebih memihak kepada BN sebelum ini nampaknya tidak benar sama sekali. Apa yang nyata, BN masih belum pulih setelah dibelasah oleh PR di Permatang Pauh diikuti Kekalahan mengejut kepada pasukan sama di Kuala Terengganu. Berikutan dua kekalahan berturut2, BN tiada pilihan lain selain terpaksa memecat pengurus mereka Abdulah Badawi namun kedatangan pengurus baru, Najib Razak juga tidak membawa banyak perubahan. Ini kerana pemain2 BN masih kurang serasi dengan Formasi C4 yang diperkenalkan Najib.
BN turun padang malam tadi dengan dendam yang membara lantaran 2 kekalahan sebelum ini. PR dikejutkan dengan jaringan pembukaan BN oleh Malcom Mussen Lamoh sekalipun Pintu gol PR dikawal kemas oleh Penjaga Gol, Jawah Gerang. Gol penyamaan PR hadir 30 minit kemudian apabila tandukan kencang S Manikumar berjaya menewaskan penjaga gol tanpa permit BN, Zambry Mamak sekalipun gawang BN dikawal ketat oleh 14 pemain pertahanan. Nizar Jamaluddin akhirnya muncul wira Pakatan Rakyat apabila berjaya menjaringkan gol dramatik 2 minit sebelum masa perlawanan tamat. Kehebatan Nizar yang menggelecek pemain import dari Danok, Ismail Saffian dan melakukan rembatan kencang yang mengenai muka Zambry sebelum tertampan ke gawang gol.
Ketua Jurulatih PR Anwar Ibrahim yang ditemui selepas selesai perlawanan berkata, beliau sudah meramalkan kemenangan pasukan PR kerana rata-rata pemainnya berada pada tahap kecergasan yang tinggi berbanding berbanding BN yang kelihatan lesu kerana menanti gaji belum yang belum dibayar sebelum perlawanan bermula. Beliau juga tidak menafikan kehadiran Pemain Lagenda BN, Mahadey sebagai penyumbang kepada kekalahan BN
Sementara itu, Najib Razak yang ditemui berkata, beliau menafikan taktik "3 Amoi" yang diambil dari Pembantu Jurulatih ke-2, Zahid Malboro sebagai faktor kekalahan pasukan . Najib yang pernah menjadi ketua jurulatih pasukan kebangsaan Mongolia sebaliknya menyalahkan Formasi “Sleep” yang pernah diguna pakai sewaktu Abdullah Badawi menjadi pengurus pasukan sebagai punca pasukannya seolah-olah hilang arah.
Pembantu Jurulatih BN, Muhyiddin Yassin dalam pada itu berkata, para penyokong BN dan lawan diminta tidak menjadikan perlawan ini sebagai mengukur kekuatan pasukan BN yang telah mempertahankan kejuaraan 50 tahun berturut2. Beliau juga meminta kepada para penyokong agar memberi peluang kepada Pengurus baru untuk menunjukkan kehebatan beliau. Satu suruhanjaya akan dibentuk untuk mengkaji faktor kepada kekalahan teruk pasukan BN ini. Beliau tidak faham mengapa mutu permainan pasukan tidak meningkat sekalipun langkah menambah gaji dan bonus dilakukan.--TakBernama
"
Post a Comment