Pakatan pembangkang hanya menang di Parlimen Bukit Gantang dengan mejoriti yang kecil sahaja. Pembangkang yang meletakkan iconnya iaitu YAB IR Nizar yang juga merupakan bekas MB Perak sepatutnya berjaya menewaskan calon BN yang rata-rata tidak mengenalinya dengan mejoriti yang besar.Tidak perlulah mereka berbangga dengan kemenangan ini.
-profesor ameno-
Aku qoute kata-kata nie kat RTM selepas tamat pengistiharan kemenangan PR kat Bukit Gantang. Kadang-kadang analisis dari orang-orang umno nie pun kelakar gak. Deme tak sedar ke IR Nizar bertanding di kubu kuat BN sejak turun temurun sehinggalah PAS dapat merampas kerusi itu pada PRU 12 tahun lepas. Pada PRK kali ini, PAS dapat meningkatkan majoriti dari 1500 kepada 2700. Kira ada peningkatanlah. Itu baru 11 bulan memerintah, belum lagi PRU 13. Rase-rase mau lebih 5000.
Tim. President UMNO merangkap tim. Perdana Menteri yang baru berkata keputusan PRK ini tidak mengambarkan suara rakyat Perak terhadap isu rampasan kuasa. Katanya suara ini hanya melibatkan masyarakat di Bukit Gantang sahaja. Dah itu macam mana nak tahu suara rakyat Perak andai tidak ada pilihan raya umun negeri? Kenapa mereka berusaha merampas Perak dari tangan PR tanpa melalui pilihan raya? Jawapan kepada soalan ini terjawab dengan keputusan 4 PRK di semenanjung. Ke semuanya mereka kalah dengan kekalahan yang mengaibkan. PR berjaya mengekalkan 3 kerusi dan merampas 1 kerusi di Kuala Terangganu dan majoriti pun bertambah. Sudah terang lagi bersuluh, rakyat di semenanjung secara total menolak BN baik ketika zaman Pak Lah atau Najib Al-Tantuya. Sudahlah berjuta-juta duit ditaburkan kepada rakyat dan projek mee segera tetapi kekalahan juga yang mereka perolehi.
Sekalung tahniah dan takziah dengan kemenangan PR dua bukit. Sesungguhnya, kemenangan ini adalah kemenangan kepada seluruh rakyat Perak dan Malaysia. Manfaatkanlah kemenangan yang di kurniakan oleh Allah untuk tujuan kebajikan. Jika kita salah gunakan tidak mustahil, Allah akan menarik kembali nkmat ini di tangan kita.
Post a Comment