Panduan Memilih Pemimpin



Al-Imam Ahmad pernah bertanya berkenan 2 orang lelaki yang akan dipilih untuk mengetuai angkatan perang antara seorang lelaki yang soleh tetapi lemah dan seorang lagi yang kuat tetapi jahat( al-fajr)

Apa jawapan Imam Ahmad:

 أما الفاجر القوي فقوته للمسلمين وفجوره على نفسه، واما الصالح الضعيف فصلاحه لنفسه وضعفه على المسلمين، فيغزى مع القوي الفاجر

Adapun orang yang jahat tetapi kuat maka kekuatanya untuk umat islam dan kejahatannya menimpa dirinya dan adapun orang yang soleh tetapi lemah maka kesolehannya adalah unutk dirinya dan kelemahannya itu buat umat islam.Bersamalah dengan orang yang kuat tetapi jahat.”

Dalam sirah Rasulullah s.a.w, baginda melantik Khalid al-Walid r.a sebagai panglima perang sejurus beliau
 memeluk agama Islam. Dalam perang mu’tah, beliau telah diangkat menjadi panglima perang oleh para sahabat selepas syahidnya 3 tiga-tiga panglima yang dipilih oleh Baginda s.a.w iaitu Zaid bin Harithah, Ja’far 
bin Abi Talib dan Abdullah Ibn Rawahah.

Walaupun pernah Rasulullah s.a.w mengangkat tangan kelangit dan berdoa:

اللهم اني  ابرا اليك مما فعل خالد
Wahai Tuhanku, aku berlepas diri kepadaMu dari apa yang dilakukan Khalid.

Dalam suatu riwayat disebutkan bahawa, ketika Khalid ibn Walid RA sampai kepada kaum Jazimah, mereka menyambutnya dengan baik.
Lalu Khalid RA berkata,

"Siapakah kalian? Sudah Muslim, atau masih kafir?"

Mereka menjawab,

"Kami adalah Muslimin. Kami telah mendirikan solat, kami juga membenarkan kenabian Nabi Muhammad SAW, kami telah membangunkan beberapa buah masjid di halaman rumah kami, dan melaungkan azan di dalamnya".

Dalam satu lafaz, mereka tidak tidak menyatakan, "Aslamna (kami telah masuk Islam)," tetapi menyebut "(Soba'na,soba'na) Kami telah meninggalkan agama kami dahulu, kami telah meninggalkannya."

Kemudian Khalid ibn Walid RA berkata kepada mereka,

"Mengapa kalian masih menyandang pedang?"

Mereka menjawab,

"Sesungguhnya di antara kami dan sebahagian orang-orang Arab ada permusuhan. Kami takut, jikalau kalian adalah mereka. Maka kami pun tetap menyandang pedang".

Khalid RA berkata,

"(Sekarang) letakkanlah pedang kalian".

Mereka akhirnya meletakkan senjata. Kemudian Khalid ibn Walid RA berkata kepada angkatan tenteranya,

"Tawanlah mereka".

Maka sebahagiannya ditawan, sementara sebahagian lagi diikat dan kemudian dipecah-pecahkan (dibahagi-bahagikan) di antara sahabat-sahabatnya.

Pada waktu Sahur, seorang penyeru Khalid RA berseru,

"Sesiapa yang ada bersamanya tawanan, maka bunuhlah tawanan itu".

Bani Sulaim pun membunuh tawanannya, sedangkan orang-orang Ansar dan Muhajirin tidak mahu melakukannya. Bahkan, mereka melepaskan tawanan yang ada pada mereka. Ketika berita mengenai perlakuan Khalid ibn Walid RA terhadap tawanannya sampai kepada pengetahuan Rasulullah SAW, Baginda bersabda :

"Ya Allah! Sesungguhnya aku membebaskan diri daripada apa yang telah dilakukan oleh Khalid".

Baginda SAW mengucapkannya sebanyak dua kali.

Ada yang mengatakan bahawa, pada pemahaman Khalid RA, kaum Jazimah menyatakan pernyataan masuk Islam itu hanya kerana mereka sebenarnya tidak akan memeluk agama Islam. Namun, Rasulullah SAW tidak menyetujui perbuatan Khalis RA yang terlalu tergesa-gesa itu dan tidak mempunyai kepastian tentang keadaan mereka yang sebenarnya, sebelum dia sendiri mengetahui maksud sebenar perkataan mereka, Soba'na (Kami telah meninggalkan agama kami dahulu.) Namun perbuatan Khalid RA telah dimaafkan. 

Kenapa tidak, kerana Rasulullah SAW sendiri pernah bersabda:

"Sebaik-baik hamba Allah dan sebaik-baik saudara bagi sesebuah keluarga ialah Khalid ibn Walid RA. Dia adalah salah seorang daripada pedang-pedang Allah yang dihunus oleh Allah SWT untuk menghadapi orang-orang kafir dan munafiq".

Akhirnya Rasulullah s.a.w sebagai ketua negara membayar diat sebagai ganti rugi.

Ada juga sahabat (Abu Dzar) yang lebih telus,soleh dan amanah yang terang-terang diiktiraf oleh Rasulullah s.a.w dalam sabdanya:

ما أظلت الخضراء ولا أقلت الغبراء اصدق لهجة من أبي ذر

Tidak ada yang dipayungi langit dan tidak ada yang berlantaikan bumi manusia yang lebih jujur ucapannya dari Abu Dzar.

Namun begitu, Rasulullah s.a.w berkata kepada Abu Dzar.

يا ابا ذر اني اراك ضعيفا واني أحب لك ما أحب لنفسي : لا تأمرن على اثنين ولا تولين مال يتيم

Wahai Abu Dzar, sesungguhnya aku melihatmu seorang yang lemah dan aku mencintaimu sebagaimana aku mencintai diriku sendiri: Oleh itu janganlah kamu menjadi pemimpin walaupun kepada dua orang dan janganlah kamu menjaga harta anak yatim.

Jahat disini bukanlah membawa maksud pelaku dosa besar dan berterusan melakukan dosa kecil tetapi kurang soleh berbanding mereka yang agamawan dan jahil pula bukan beerti tidak tahu apa-apa, tetapi kurang sedikit berbanding dengan orang yang alim. Selain itu, lemah dan kuat bukan dinisbahkan kepada tubuh badan, tetapi kepada kecekapan dan kebijaksanaan menguruskan organisasi/Jemaah.

(Artikal ini adalah sebahagian isi yang telah diedit dari kertas kerja “Memahami Aslahah di dalam melantik pemimpin” oleh ketua penerangan ulama’ Pas Kedah Ustaz Md Lotfi Ariffin. Kertas kerja ini dibentang dalam Liqa Fikr Dewan Pemuda Pas Negeri Perak.)

Selamat Bermuktamar 

Comments

0 Responses to "Panduan Memilih Pemimpin"

Post a Comment

Sirr al-Asrar

Sirr al-Asrar

Who is Sirr al-Asrar

Kembara Ilmu

1) Tadika Kemas Taiping Perak

2) SAR Nurul Islam Taiping Perak

3) Sk St George 1 Taiping Perak

4) SK Kg Jambu Taiping Perak

5) SMK King Edward 7 Taiping Perak

6) SMKA Sultan Azlan Shah Bota Perak

7) SBPI Gopeng Perak

8) SMKA Sultan Azlan Shah (kembali)

9) SEPAKAT Driving Car

10) Persijilan Maahad Tahfiz Darul Quran KKB Selangor

11) Pondok Baitul Qura' Sg Udang Melaka

12) Allied Health Sciences CFS IIUM PJ Selangor

13) Tallaqi Kitab Ax101 with Us Muhadir

14) Dietetic IIUM Kuantan

Ar-Rijal


Kedai Kopi

Jemput Ziarah

Popular Posts

TETAMU