Kalau kita sakit kita jumpa doktor
Kalau nak renovate rumah, kita jumpa contractor kelas F
Kalau motor rosak, kita hantar kat bengkel
Kalau nak duit lebih, rujuk MAA takaful
Kalau air-cond jam, kita panggil technician
Hari-hari kita ada masalah. Sama ada masalah yang kita hadapi besar atau kecil, boleh selesaikan sendiri atau perlu bantuan orang lain. Ada juga masalah hidup yang perlu diselesaikan dengan merujuk 4 sumber al-Quran,As-Sunnah, Ijma’ dan Qias atau cukup sekadar menggunakan akal fikiran.
Bila masalah melibatkan duniawi kita jarang merujuk kepada orang yang salah.Tetapi bila bab yang berkaitan hukum-hakam dan lain-lain perkara dalam agama, berlaku sebaliknya.
Kita merujuk fiqh perubatan kepada ustaz yang mahir fiqh muamalat.
Kita merujuk bab syariah kepada pelajar jurusan usuluddin.
Kita merujuk masalah siasah kepada ulama yang jauh dengan politik.
Masalah hadith dirujuk kepada Ulama Al-Quran.
Lihatlah umat islam sekarang.Sistem kehidupan jauh berbeza dengan masyarakat barat. Sikap kita yang salah merujuk dan mereka yang bukan ahli sesuka hati mengeluarkan pandangan dan fatwa seolah-olah merenjis patrol kepada api yang kecil. Kesannya pepecahan dan penderitaan umat islam menjadi semakin parah.
Tambahan pula mereka yang sangat fanatik dengan pandangan gurunya sahaja dan menolak hujah dan dalil yang dikeluarkan oleh orang lain yang bertentangan dengan gurunya.Sedangkan Imam-imam mujtahid berbeza-beza pandangan sesama mereka, apa jaminan pandangan gurunya tepat dan betol dalam semua disiplin ilmu??
Akhirnya, ingatlah Firman Allah s.w.t
فَاسْأَلُواْ أَهْلَ الذِّكْرِ إِن كُنتُمْ لاَ تَعْلَمُونَ
Maka kamu tanyakan (kepada) ahli ilmu jika kamu tidak mengetahui ( An-Nahl :43)
Post a Comment