3 weeks holiday..Nak buat ape ye?

Semalam baru sahaja habis exam sem satu second year. Exam kali ini aku agak tidak puas hatilah pada diri sendiri. Aku tidak dapat nak perform sebaiknya. Mungkin silap aku juga tak ready awal-awal. Bila dan nak dekat exam baru bertungkus-lumus,bersengkang mata mengulang kaji pelajaran. Itu pun sempat lagi ber'facebook'. Bila dah buka facebook, segala kerja tak jadi. Blog nie pun dah semakin di abaikan. Hanya sempat edit dari artikel-artikel orang lain je. Kena belajar berpantang nie.

Back to the topic, cuti sem. 3 minggu bukanlah satu jangka masa yang lama dan banyak perkara dan aktiviti yang perlu aku selesaikan dalam cuti ini.Perancangan yang rapi,tersusun dan sistematik mesti ada.Kalau 24 jam akan tersia-sia dengan makan,minum,PS2, laptop dan TV.

pepatah arab ada mengatakan :
"Statiknya(bertakung) air akan merosakkannya, statiknya pemuda (masa lapang yang terbiar) akan membunuh dirinya"

Antara plan yang masih bermain-main di minda :


Daurah ke Pondok Baitul Qura'.

Sudah lama kaki ini tak menjejak kaki ke sana. Rindu sangat-sangat kat suasana yang penuh dengan pengisian jiwa. Hatiku ini semakin kotor dengan maksiat-maksiat. Maksiat mata, maksiat telinga,maksiat mulut dan maksiat hati.Talaqi dengan Us Muhadir pun aku tak dapat nak involve 100% kerana clash dengan masa kelas.Dan perkara yang paling aku takuti berkaitan hafazan Al-Quran yang semakin lama,semakin hilang.Tugas yang sangat mencabar kepada aku untuk iadah Al-Quran dalam suasana yang sangat-sangat mencabar ini.

Di Pondok Baitul Qura' pagi dan petang boleh talaqi kitab, malam pula boleh peruntukkan masa untuk memperkasakan hafazan yang semakin kabur. Di sana,perkara-perkara yang sukar untuk aku buat di UIA InsyaAllah boleh dijadikan sebagai rutin harian.Biah pun jauh dari maksiat mata, telinga,mulut dan hati(seandainya tidak dicari).Sekurang-kurangnya cuti kali ini dapat habiskan sebuah kitab dan iadah sepuluh juzu' pun dah berbaloi.Harapannya, noda-noda hitam di hati dapat dibersihkan.
Target :seminggu sebelum buka sem 2.

Menjenguk tanah pusaka.

Aku baru tahu sahaja mak aku memiliki tanah pusaka seluas 5 ekar di kampung. Hampir 20 tahun sejak atuk dan nenek aku pergi meninggalkan dunia, tanah tersebut yang asalnya ladang getah terbiar begitu sahaja. Tiada sapa yang berminat untuk mengusahkan tanah tersebut. Rata-rata keluarga belah mak aku lebih berminat menceburi industri menjahit.

Sekiranya diizinkan oleh mak, aku nak start usahakan tanah tersebut. Hasil berbincangan dengan seorang kawan aku dan juga merupakan Unit Amal Malaysia, dia mencadangkan supaya aku mengusahkan tanaman seperti serai secara kecil-kecilan bermula sekarang. Kos pun tidaklah membebankan dan permintaan pun tinggi. Hasil dari tanaman pun memuaskan juga. Kalau 3 ekar tanah digunakan,cukup untuk mendapat pulangan bersih 10k sebulan.Tambahan pula, ramai anggota unit Amal Perak yang kehilangan kerja disebabkan kes rampasan kuasa. Mereka ini bolehlah membantu mengusahakan projek ini semasa aku belajar.

Sebelum ini tak pernah lagi tengok tanah tue macam mana. Balik nie nak tengok dan kaji tanah nie sesuai untuk tanaman ape. InsyaAllah cuti nie dah boleh mula sikit-sikit.Kalau berjaya,lepas habis belajar tak payah susah-susah cari kerja. Aku pun buka suka sangat kerja makan gaji especially dengan kerajaan. Kerja sendiri lagi best. Makin rajin bekerja,makin banyak pulangan yang dapat.
Target : minggu kedua cuti

Sambung Raya.

Syawal kali ini aku dapat raya 3 hari je.Lepas tue terpaksa berangkat ke UIA balik sebab ada exam pada raya kelima.Zalim betul UIA nie(huhu). Syawal pun masih berbaki lagi, cikgu-cikgu dan kawan-kawan ramai yang kehairanan kerana aku 'hilang',msg pun tak bagi dan tak reply msg.Selalunya aku yang beria-ria beraya ke rumah mereka. Sebenarnya,henset aku rosak.Sekarang nie pun masih lagi kat kedai. Itulah sebab aku seolah-olah menghilang diri.

2,3 hari lagi jumpa member kat UIA dan USIM di nilai.Lepas muet sambung beraya di bote,gelung puyu,parit dan manjung.Kemudian terus sambung ke kedah dan perlis.(tempat wajib beraya nie). Buat cikgu-cikgu,tunggulah kehadiran saya di depan rumah nanti.
Target : Minggu pertama


Banyak lagi sebenarnya perancangan semasa cuti nie.Tapi cukuplah focus kepada perkara yang penting dahulu. Takut-takut yang dikejar tak dapat, yang digendong tercicir.

Comments

2 Responses to "3 weeks holiday..Nak buat ape ye?"

k u f a i z said... October 2, 2009 at 9:22 AM

balik rumah study r utk sem depan. contohi mujairimi. hehehe

Abu 'Ubaidah Al-Jaiz said... October 2, 2009 at 12:36 PM

good suggestion..hohoho

Post a Comment

Sirr al-Asrar

Sirr al-Asrar

Who is Sirr al-Asrar

Kembara Ilmu

1) Tadika Kemas Taiping Perak

2) SAR Nurul Islam Taiping Perak

3) Sk St George 1 Taiping Perak

4) SK Kg Jambu Taiping Perak

5) SMK King Edward 7 Taiping Perak

6) SMKA Sultan Azlan Shah Bota Perak

7) SBPI Gopeng Perak

8) SMKA Sultan Azlan Shah (kembali)

9) SEPAKAT Driving Car

10) Persijilan Maahad Tahfiz Darul Quran KKB Selangor

11) Pondok Baitul Qura' Sg Udang Melaka

12) Allied Health Sciences CFS IIUM PJ Selangor

13) Tallaqi Kitab Ax101 with Us Muhadir

14) Dietetic IIUM Kuantan

Ar-Rijal


Kedai Kopi

Jemput Ziarah

Popular Posts

TETAMU