Jangan sebat Kartika
PETALING JAYA – Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO), sebulat suara mahu Kerajaan Persekutuan dan Negeri mengkaji semula hukuman sebat ke atas model, Kartika Dewi Shukarno kerana didakwa mencabuli prinsip hak asasi manusia antarabangsa
Kumpulan Tindakan Bersama u:ntuk Persamaan Jantina (JAG) yang turut disertai Sister In Islam (SiS), Persatuan Kesedaran Komuniti Selangor (Empower) menggangap hukuman tersebut sebagai kejam dan perlakuan yang menjatuhkan maruah.
:Turut menyokong, Pertubuhan Pertolongan Wanita (WAO), All Women’s Action Society (Awam), Women’s Center for Change Penang (WCC). Suara Rakyat Malaysia (Suharam) dan Persatuan Kebangsaan Hak Asasi Malaysia (Suhakam).
Pengarah Eksekutif Sister In Islam (SIS), Dr. Hamidah Marican berkata, badan NGO yang terlibat memandang serius terhadap Panel Rayuan Kehakiman Mahkamah Tinggi Syariah Pahang yang telah membuat keputusan tanpa kehadiran pihak berkenaan yang membentangkan hujah atau mengumumkan perbicaraan tersebut kepada umum.
Menurutnya, pada 18 September lalu, SIS telah memfailkan satu permohonan berasingan untuk membuat semakan dan mengenepikan pelaksanaan hukuman sebat terhadap Kartika, dan permohonan ini masih belum di dengar oleh Mahkamah Tinggi Pahang.
“Kami hairan dengan kepantasan Mahkamah Syariah yang mahu hukuman tersebut dijalankan secepat mungkin sedangkan banyak organisasi dan masyarakat sivil menyatakan rasa bimbang terhadap hukuman yang dikenakan.
“Ramai yang mempersoalkan kesesuaian hukuman denda RM5000 dan enam sebatan yang dikenakan biarpun Kartika seorang pesalah kali pertama,” katanya pada sidang media, di pejabat SiS disini semalam.
Hamidah berkata, pihaknya komited untuk mendapatkan perlakuan yang melindungi hak asasi Kartika dalam memastikan tidak terdapat kemerosotan hak asasi manusi di negara ini.
“Jika Kartika disebat, persepsi terhadap Malaysia sebagai sebuah negara Islam akan tergugat selama-lamanya,” katanya.
http://www.sinarharian.com.my
Tuan badan sudah setuju, malah mintak hukuman sebat disegerakan dan hukum dikhalayak ramai. Mengapa puak-puak liberal ini semakin lantang mendesak supaya hukuman ini dibatalkan malah meminta untuk di batalkan pula.
Sangat malang bila umat islam sendiri yang mengetuai bantahan ini. Kalau yang membantah orang non-muslim, kita maklum bahawa mereka semestinya kurang mengerti hukum hudud dalam Islam. Tidakkah mereka mendengar sabda Rasulullah berkaitan dengan hukuman terhadap peminum arak?
1. Hadis Nabi :
إذا شربوا الخمر فاجلدوهم , ثم إن شربوا فاجلدوهم , ثم إن شربوا فاجلدوهم
Ertinya : Apabila mereka minum arak, sebatlah mereka, dan kemudian jika mereka minum lagi, sebatlah mereka dan kemudian jika mereka minum lagi, sebatlah mereka ( Riwayat Abu Daud)
2. Hadis Nabi :
أن النبي أتي برجل قد شرب الخمر , فجلده بجريدتين نحو أربعين
Ertinya : Nabi telah didatangi oleh seorang lelaki yang telah meminum arak, lalu telah disebatnya dengan dua pelepah tamar sebanyak 40 kali (Riwayat Muslim)
3. Hadis Nabi
كان يضرب في الخمر بالنعال والجريد أربعين
Ertinya : Sesungguhnya dipukul (sebat) bagi arak (peminum) dengan kasut-kasut dan pelapah tamar sebanyak 40 kali (Riwayat Muslim)
Siapa sebenarnya nak dibela? Adakah hak asasi wanita yang hendak di bela atau orang-orang 'besar' yang masih bebas menongang arak tanpa rasa bersalah.Kalau benar hak asasi wanita,bagaimana pula dengan wanita yang menjadi mangsa bapak-bapak ayam, Wanita yang menderita kehilangan suami akibat ditangkap dan dipenjara tanpa dibicara(ISA) dan wanita yang sering dijadikan sebagai simbol seks dan pelaris barang? Kenapa mereka tidak dibela,malah dibiarkan begitu pula.
Jangan main-main dengan agama Allah s.w.t, perbuatan itu tidak ubah seperti menempah rumah di dalam neraka Allah s.w.t.
Post a Comment