PENTARBIAH YANG DITARBIAH




Mentarbiah dan ditarbiah dua benda sangat berbeza tetapi saling memerlukan. Nak tarbiah orang nie mudah je. Bagi arahan,denda peserta sikit-sikit, tinggikan suara dan kalau nak advance lagi rampas panji-panji peserta. Yang ditarbiah pulak dirasakan payah sebab kena ikut arahan committee, ada denda yang kalau langgar peraturan, tidak boleh mandi sungai seperti urusetia lain dan sebagainya.

Sebenarnya tugas mentarbiah orang adalah seribu kali lebih susah dan memeningkan kepala. Tugas seorang pentarbiah bermula sebelum program bermula lagi. Meeting sekurang-kurangnya sebulan sebelum program bermula, kena fikir modul apa yang sesuai untuk peserta. Nak cari duit lagi. Semasa program kena jaga kebajikan peserta, makan minum dan paling tidak best terlepas daripada mengikuti ceramah dan kuliah dek sibuk dengan tugas masing-masing. Lepas program kena follow up peserta pulak. Semua pengorbanan yang dilakukan oleh sang pentarbiyah hanyalah untuk melihat peserta dapat berhijrah dari kegelapan jahiliyah kepada cahaya hidayah dan dalam masa sama diri yang mentarbiah ditarbiah juga. Walaupun bukan tugas manusia untuk member hidayah tetapi tidaklah bermaksud kita duduk dan berpeluk tubuh sahaja menunggu hidayah itu turun kepada kita dan orang sekeliling.

Rasulullah S.A.W pun berusaha bersungguh-sungguh sehingga mengorbankan harta dan menitiskan darah ketika peristiwa di Ta’if semata-mata untuk melihat masyarakat Jahiliyah di Tanah Arab disinari oleh nur-nur hidayah. Cubalah kita muhasabah kembali berapa titik peluh yang kita agar supaya nur hidayah kembali menerangi hati-hati masyarakat sekeliling kita???

Yang ditarbiah, mestilah mengikut dan wala dengan bersungguh-sungguh segala arahan dari committee kerana disitu dan hikmahnya yang tersembunyi. Mungkin semasa program, peserta selalu mempertikaikan arahan dan tindakan yang kadang-kadang diluar jangkaan pemikiran seorang yang waras seperti makan nasi kosong dengan ikan masin, tukar baju dalam masa 10 saat, cium pokok dan lain-lain. Percayalah, selepas ini anda akan mengetahui hikmahnya.


Tetapi bukan semua yang mentarbiah rela ditarbiah. Bukan main susah nak ajak orang-orang begini untuk mengikuti program-program. Lebih mudah mengajak orang-orang yang kosong dan dahagakan ilmu berbanding orang yang baget ilmu dah penuh didada dan rasa tidak perlu ditarbiah. Sikap yang ditonjolkan oleh si pentarbiah menunjukkan selama ini, mereka tidak ikhlas mentarbiah manusia kerana Allah s.w.t
Akhirnya seinfiniti terima kasih aku tujukan kepada individu-individu tertentu yang banyak mentarbiah aku sejak aku lahir hinggalah sekarang yang bakal meninggalkan alam belasan tahun. Andainya Allah tidak gerakkan hati mereka, mungkin sekarang aku tengah menjadi doktor di lorong-lorong gelap atau Valantino Rossi di jalan-jalan kampong, dan lebih teruk lagi menjadi bapa kepada anak-anak yang tidak ada sijil beranak.

Allhamdulillah kerana Allah S.W.T telah menjadikan aku seorang “manusia” dan bukannya syaitan bertopengkan manusia. Semoga hidayah Allah akan terus bercahaya dihati ini sehingga ke akhirnya..

Comments

0 Responses to "PENTARBIAH YANG DITARBIAH"

Post a Comment

Sirr al-Asrar

Sirr al-Asrar

Who is Sirr al-Asrar

Kembara Ilmu

1) Tadika Kemas Taiping Perak

2) SAR Nurul Islam Taiping Perak

3) Sk St George 1 Taiping Perak

4) SK Kg Jambu Taiping Perak

5) SMK King Edward 7 Taiping Perak

6) SMKA Sultan Azlan Shah Bota Perak

7) SBPI Gopeng Perak

8) SMKA Sultan Azlan Shah (kembali)

9) SEPAKAT Driving Car

10) Persijilan Maahad Tahfiz Darul Quran KKB Selangor

11) Pondok Baitul Qura' Sg Udang Melaka

12) Allied Health Sciences CFS IIUM PJ Selangor

13) Tallaqi Kitab Ax101 with Us Muhadir

14) Dietetic IIUM Kuantan

Ar-Rijal


Kedai Kopi

Jemput Ziarah

Popular Posts

TETAMU