"Merujuk tulisan terbaru Mohd Sayuti Omar didalam blog beliau yang bertajuk Sah Dua Pilihan Raya Kecil Akan Diadakan di Perak
dan berpandukan kepada Akta Pilihanraya jelas kepada kita, pilihanraya kecil di Dewan Undangan Negeri Perak kawasan Changkat Jering dan Behrang tidak dapat dielakkan lagi .
Selepas Speaker Dewan menyerahkan surat kepada Suruhanjaya Pilihanraya(SPR) memaklumkan terdapat kekosongan kerusi bagi kedua dun berkenaan, SPR hendaklah mengadakan pilihanraya dalam tempoh 60 hari daripada sekarang.

Tentang hasrat kedua Adun berkenaan ingin mencabar kesahihan surat peletakkan jawatan tersebut, ianya bukan satu isu dan perkara tersebut tidak tertakluk dibawah bidang kuasa SPR, mereka boleh berbuat demikian di mahkamah.
Apa yang menarik disini, nasib Adun berkenaan dapatlah disimpulkan umpama lebai malang, yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran. Dikala ini kedua Adun berkenaan sudah tidak berguna lagi kepada UMNO.
Selama ini mereka dipujuk, dirayu mungkin juga diugut menyertai UMNO atas dasar gelaran Yang Berhormat yang disandang. Namun sekarang mereka sudah tidak mempunyai apa jua pangkat dan juga kedudukan.
Kini mereka sudah tidak mempunyai nilai walaupun satu sen di mata Najib Razak, malah perbicaraan kes rasuah yang bakal dihadapi tidak lama lagi akan menjadi titik mula sebuah kehidupan ngeri di dalam penjara. Manusia yang tidak beramanah sepertimana kedua Adun ini rupanya dibayar ‘cash’ oleh tuhan diatas dunia lagi.
Didalam pilihanraya kecil nanti, kedua Adun ini tidak lagi boleh menjadi calun kepada mana-mana parti kerana Akta Pilihanraya menetapkan mana-mana Ahli Dewan Negara atau Dewan Negeri akan hilang kelayakkan bertanding selama 5 tahun selepas mereka meletakkan jawatan.
Bermakna, baik calun daripada Pakatan Rakyat ataupun Barisan Nasional ianya bukan Jamaluddin Mat Radzi dan Mohd Othman Jailu. Inilah hakikat yang terpaksa diterima oleh mereka. Seandainya UMNO memenangi kedua-dua kawasan ini, hasrat Jamaluddin Mat Radzi dan Mohd Othman Jailu untuk mencabar kesahihan surat peletakkan jawatan Adun ke mahkamah akan menjadi angan-angan. UMNO mungkin mempercepatkan hukuman atas kesalahan rasuah dan akan memastikan mereka dihumban ke penjara atas kesalahan yang dilakukan.
Inilah nasib yang bakal menimpa mereka. Pilihanraya kecil di Dun Changkat Jering dan Behrang tidak dapat dielakkan lagi, sekiranya SPR berpegang teguh kepada undang-undang dan tradisi, mereka akan mengisytiharkan kekosongan kerusi Dun berkenaan seterusnya menetapkan tarikh penamaan calun dan pengundian di kawasan berkenaan.
Didalam hal ini ketelusan SPR amatlah diharapkan. Sebenarnya setiap apa yang berlaku ada hikmah yang tersendiri, pakatan yang dikatakan rapuh dikalangan PAS, PKR dan DAP, kini benar-benar sedang diuji dan dicabar.
Telatah dan gelagat dua Adun PKR ini sebenarnya memperlihatkan kepada umum tentang baik budi perilaku wakil rakyat dikalangan Parti Keadilan Rakyat. Pakatan Rakyat ibarat seguni padi yang belum ditampi untuk mendapat beras yang baik dan bermutu. Dua Adun ini yang telah melarikan diri daripada tanggungjawab dan amanah bolehlah diibarat sebagai antah yang tidak berguna dan tidak boleh dimasak.
Sebenarnya kita tidak tahu sebanyak mana lagi antah-antah berada didalam guni beras Pakatan Rakyat. Semoga Pakatan Rakyat sentiasa diberi hidayat dan petunjuk oleh Allah dan pemerintahannya di lima buah negeri sentiasa diberkati. Bagi kedua Adun iaitu Jamaluddin Mat Radzi dan Mohd Othman Jailu, ingatlah sepintar mana perancangan anda bersama Perdana Menteri dalam penantian di Pekan, anda sepatutnya lebih mengetahui, Allah adalah sebaik-baik perancang. Dan kini Allah sedang menunjukkan kepada kalian perancangan Dia.

http://kopicyber-kopi.blogspot.com/"
Post a Comment