Pindaan AUKU : Adakah Kebebasan Mahasiswa Terjamin?


Entah kenapa aku tidak gemar dengan penyataan "Mahasiswa adalah kuasa ketiga". Kuasa ketiga adalah mereka yang diluar daripada pihak kerajaan ataupun pembangkang. Bagi aku, mahasiswa ataupun orang muda adalah mereka yang perlu mencorakkan negara, memlontarkan idea-idea dan mengerakkan perubahan dari dalam. 

Di Malaysia, mereka yang terlibat dalam pembentukan dasar-dasar negara adalah dari pihak YB-YB di Parlimen. 

Mengabungkan diri dengan parti-parti politik sama ada dari parti pemerintah atau pembangkang secara tidak langsung membina minda mahasiswa yang ideanya membumi kepada realiti semasa dan lebih bertanggungjawab terhadap pendangannya. 


Mengikut pemerhatian aku, kebanyakan mereka yang dikatakan "Kuasa ketiga" selalunya mengkritik dan meminta pelbagai perkara yang kadang-kala tersangat sukar untuk direalisasikan, dan yang akhirnya pihak kerajaan dan pembangkanglah yang kena laksanakan. Kenapa tidak mereka mengkritik dan memberi idea serta  bersama-sama dengan badan executive memaknakan idea atas angin mereka tersebut ?

Bila merasakan diri "Kuasa ketiga" mereka bebas mengkritik sebab bukan mereka yang akan buat. Tetapi, bila mereka bersama dengan kuasa pertama atau kedua, bila mereka lantang mengemukakan apa-apa gagasan atau pun cadangan unutk negara, nescara merekalah yang akan menjadi pengerak kepada projek tersebut.

Sekali lagi aku tegaskan, pendirian aku adalah mahasiswa mesti mengabungkan diri dengan pemerintah atau pembangkang. Bukan sekadar penonton yang hanya bersorak di tepi padang, rupanya hanya berkaki bangku bila di ajak bermain.




AUKU: Satu Penjelasan
Persoalannya, bolehkan mahasiswa terlibat secara langsung dengan parti politik?

Ini adalah kenyataan daripada Timb Menteri Pengajian Tinggi, Dato Saifuddin Abdullah. 




PRU13 ialah PRU pertama yang berlangsung setelah kita meminda Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) yang membenarkan mahasiswa terlibat dalam politik. Ia sebahagian daripada transformasi politik yang digerakkan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak. Beliau memahami dan mengiktiraf suara dan peranan mahasiswa dalam politik.

Kini, mahasiswa bebas berpartisipasi dalam PRU13 dan tiada siapa boleh menggunakan Auku untuk menakut-nakutkan.

Pertama, mahasiswa boleh bertanding sebagai calon bebas, calon gerakan mahasiswa, calon gerakan masyarakat sivil dan calon parti politik.

Kedua, mahasiswa boleh menjadi pencadang, penyokong dan wakil calon bagi mana-mana calon yang bertanding, tidak kira calon itu mahasiswa ataupun tidak.

Ketiga, mahasiswa boleh berkempen. Mereka boleh melakukannya dengan turun padang, iaitu  berceramah, bertugas di bilik gerakan, menjadi jentera di pusat daerah mengundi, menemui pengundi secara bersemuka dan sebagainya; atau berkempen melalui media, terutamanya media sosial.

Keempat, mahasiswa boleh menjadi pemerhati PRU13. Mereka boleh mendaftar dengan badan-badan bukan kerajaan (NGO) yang dilantik Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), atau dengan Bersih dan badan-badan lain, atau secara gerakan mahasiswa sendiri.

Kelima, berperanan dalam media, iaitu sebagai penulis, wartawan, jurugambar dan jurukamera yang menganalisis, melapor dan merakam perjalanan PRU13.

Keenam, sebagai penyelidik atau pembantu penyelidik yang membuat kajian tentang perkembangan, perjalanan dan keputusan PRU13. -Sumber-


Mahasiswa bukanlah pemimpin Malaysia pada masa hadapan, kerana mahasiswa adalah pemimpin Malaysia pada masa sekarang..!!!

Comments

0 Responses to "Pindaan AUKU : Adakah Kebebasan Mahasiswa Terjamin?"

Post a Comment

Sirr al-Asrar

Sirr al-Asrar

Who is Sirr al-Asrar

Kembara Ilmu

1) Tadika Kemas Taiping Perak

2) SAR Nurul Islam Taiping Perak

3) Sk St George 1 Taiping Perak

4) SK Kg Jambu Taiping Perak

5) SMK King Edward 7 Taiping Perak

6) SMKA Sultan Azlan Shah Bota Perak

7) SBPI Gopeng Perak

8) SMKA Sultan Azlan Shah (kembali)

9) SEPAKAT Driving Car

10) Persijilan Maahad Tahfiz Darul Quran KKB Selangor

11) Pondok Baitul Qura' Sg Udang Melaka

12) Allied Health Sciences CFS IIUM PJ Selangor

13) Tallaqi Kitab Ax101 with Us Muhadir

14) Dietetic IIUM Kuantan

Ar-Rijal


Kedai Kopi

Jemput Ziarah

Popular Posts

TETAMU