Alhamdulillah, semalam kita mendapat berita gembira dari Mesir. Pilihan raya President Mesir yang pertama selepas kejatuhan regim Husni Mubarak telah di menangi oleh Dr Muhammad Morsi yang mewakili Freedom and Justice Party, sayap politik dari Pergerakan Ikhwanul Muslimin.
Kemenangan ini bukanlah kemenangan rakyat Mesir semata-mata, kemenangan ini harus di lihat kemenangan umat Islam di seluruh dunia terutamanya di umat Islam di Timur Tengah. Selepas SPR mengumumkan keputusan, rakyat-rakyat di Ghaza, Palastine bersorak kegembiraan manakala rakyat negara haram Israel pula menjerit kekecewaan.
Kemenangan ini juga menjadi bibik-bibik awal kepada pembebasan Palastine dan Masjid Al-Aqsa. Kita lihat dari sejarah, Salahuddin Al-Ayubi menguasai Mesir terlebih dahulu sebelum gagah merampas kembali bumi Palastine dari tangan kerajaan Rom. InsyaAllah, sejarah ini hanya menunggu masa untuk berulang kembali.
Bagaimana pula dengan Malaysia? Adakah kita hanya bersorak meraikan kejayaan di luar sedangkan di dalam, hanya membiarkan umat yang semakin hari semakin jauh dengan Islam. Dr Muhammad Morsi dan seluruh rakyat Mesir sudah melaksanakan tanggungjawab memenangkan Islam di sana. Maka di Malaysia, adalah menjadi beban yang perlu di galas oleh kita untuk memastikan kejayaan Islam di Mesir akan bercambah di negara kita yang tercinta.
Ahmad Hisham Bin Shamsuddin
Vice President
Allied Health Sciences Students Society (HEALS)
Post a Comment