Jika sebelum ini, undangan kahwin berlegar dikalangan jiran tetangga, sepupu dan kawan kepada kawan keluarga. Kalau cuti sekolah, tiap-tiap hari ayah ajak anak-anak dia makan kenduri, kadang-kadang hampir mencecah 4 kenduri sehari. Sejak kecil lagi, ayah mengajar kami menziarahi jiran tetangga, belajar untuk berkenal-kenalan dan bersosial dengan masyarakat.
Alhamdulillah, minggu ini sahaja 4 sahabat handai sudah mendirikan mahligai indah masing-masing. di taiping dan grik perak dan juga di kedah. Memandangkan jarak perjalanan ke tiga-tiga walimah jauh dan kancil 850 pun sudah bergerak hampir 500km perjalanan kuantan-Taiping, adalah mustahil untuk memaksanya bergerak lebih jauh lagi. Tambahan pula, 4 konvoi kereta dari kuantan dan gombak perlu disambut. Maaf kepada mantan president, mantan timbalanku, haziq dan pasangannya sebab tak datang walimah korang. InsyaAllah kalau diizikan kenduri satu lagi sampai le.
Perjalanan Kuantan-Taiping-kuantan(1000km) dengan kancil 850 dalam masa 2 hari bukanlah semudah yang disangka. Kunci tertinggal di dalam kereta yang terkunci, kabus tebal di genting, kereta meragam, drift di dalam hujan lebat, hampir berlanggar selepas race dengan myvi 1.3 dan kancil 660 serta pelbagai mehnah dan ujian. Itu semua adalah tarbiyyah dari Allah s.w.t. Bagaimana pula perjalanan para sahabat ke medan Tabuk dan Mutaah. Bukannya perjalanan menuju ke walimah, perjalanan jauh untuk menuju ke medan jihad.
"Tarbiyyah yang hebat hanya dilayak kepada jiwa-jiwa yang hebat."
Kepada yang sudah berkahwin,binalah mahligai anda dengan Islam. Jadikan keluarga Rasulullah s.a.w, para sahabat dan beberapa tokoh islam sebagai role model. Perkukuhkan baitul Muslim yang dibina agar generasi yang lahir dari rumah menjadi penyambung mata-mata rantai perjuangan yang kita tempuhi sekarang.
"Bukanlah perkahwinan menjadi matlamat, ianya hanyalah wasilah dan sunnah Rasulullah s.a.w untuk kita mendekatkan diri dan mengejar keredhaan Allah s.w.t yang menjadi matlamat hakiki seorang hamba kepada Tuhannya."
Kepada yang belum berkahwin, binalah diri mulai sekarang. Sunnatullah jelas menunjukkan ibubapa yang mase mudanya rosak, potensi untuk mendapat anak yang rosak juga tinggi. Untuk membina masjid yang mampu berkekalan hingga ke syurga bukan bermula selepas melafazkan "aku terima nikahnya", bahkan ianya bermula dari sekarang.
Post a Comment