Sudah mencecah 22 tahun.
22 tahun cukup mengajarku apa itu erti kehidupan.
Sudah cukup untuk hidup sendiri.Hidup sendiri sebagai seorang musafir yang menjadikan pertemuan dengan Penciptanya sebagai destinasi terakhir..
Ucapan terima kasih tidak terhingga kepada ibuku yang mengandungkan 9 bulan, menyalurkan susunya sehingga menjadi sebahagian dari darah dagingku. Berjaga malam sedangkan aku tidur lena dibuai mimpi-mimpi indah. Memerah keringat menjahit beratus-ratus tempahan baju semata-mata aku tidak kelaparan. Tidak ada ciptaan didunia yang mampu untuk membalas jasamu..
Ucapan terima kasih kepada ayahku. Membanting tulang membesarkan 6 orang anaknya. Siang menjadi pendidik kepada ummah, malam pula melaksanakan sunnah Rasulullah sebagai saudagar. Kadang-kala keretanya kepenatan dan memerlukan bantuan dari tuannya untuk menolak. Sungguh hebat jasamu kepada ku.Hanya Allah sahaja yang dapat membalasnya.
Pada usia sebegini,
Abu Ubaidah membuka Damsyik
Amru Al-As membebaskan Ain Sham
Al-Fateh menakluk Konstantinopel
Namun, apa yang telah aku habiskan 22 tahun??
Ya Allah, sekiranya aku bertemu denganMu diakhirat kelak, adakah Kau redha kepadaku??
Ya Rasulullah, adakah aku sebahagian ummatmu dipadang Masyar nanti??
Berilah taufiq dan hidayahMu kepadaku Ya Allah.. Agar sisa-sisa hidupku menjadi mahar untuk bertemu denganMu dalam keadaan sejahtera.Matilah aku dikalangan Syuhada' dan Solihin. Matikanlah aku di medan jihad fi Sabilillah dan janganlah Kau akhiri hidupku sebagai orang yang kufur kepada nikmat-nikmatMu...
p/s: syukran kepada sahabat-sahabat yang wish besday kat kelas,hp dan facebook.. Barakallahufikum
Post a Comment