KUALA LUMPUR - Suasana penumpang lelaki dan wanita berasak-asak menaiki komuter pada waktu puncak tidak lagi kelihatan semalam apabila Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) mula melaksanakan sistem koc mengikut gender.
Projek perintis di laluan Sentul-Pelabuhan Klang itu terbukti berhasil apabila 95 peratus penumpang wanita dalam soal selidik KTMB semalam menyifatkan ia berjaya memberi keselesaan serta jaminan keselamatan daripada menjadi mangsa penyeluk saku dan gangguan seksual.
Tinjauan Kosmo! bersama para pegawai KTMB yang diketuai Pemangku Pengurus Besar Perkhidmatan Kaunter, Mohd. Hider Yusoff semalam mendapati, perkhidmatan baru itu menjadi tarikan kepada lebih ramai penumpang wanita menaiki komuter.
p/s : Islam dah lama suruh asingkan tempat antara lelaki dan perempuan. Alhamdulillah, akhirnya, pihak komuter menyahut seruan tersebut. Aku menyokong penuh agenda pengasingan lelaki dan perempuan yang bukan mahram di tempat-tempat awam yang memerlukan mereka beresak-esak.Inilah cara terbaik untuk melindungi wanita dan juga antara langkah awal untuk mengurangkan masalah sosial yang berkaitan lelaki dan perempuan. Harap-harapnya, agensi-agensi lain seperti bus dan KTMB mengikut langkah ini. Paling kurang pun, elakkan lelaki dan perempuan duduk sebelah-menyebelah.Ada berani..???
hrp cpt2 la KTM buat koc wanita utk semua komuter..Komuter yg ana naik xde koc wanita..Terpaksa berhimpit2 dgn lelaki..Benar2 mencabar..
dah blajar ke skill celah-mencelah dan cilok-mencilok dlm komuter?? muslimat-muslimat dq n uia pakar r bab2 nie..