mengulama'kan generasi muda.



Semalam aku, anas dan hafiz berpeluang menyertai konvensyen ulama muda PAS yang julung-julung kali diadakan di Hotel Seri Malaysia Ipoh, Perak. Alhmdulillah, kehadiran ulama' muda lebih dari 100 peserta. Dikhabarkan peserta-peserta dikalangan anak-anak muda lepasan pengajian Islam di dalam dan luar negara dan lepasan pondok-pondok. Kehadiran aku ke sana bukanlah atas kapasiti seorang lepasan pengajian Islam malah jauh sekali lepasan pengajian pondok. Aku hadir atas jemputan penganjur kepada pimpinan anak negeri Perak.

Pembentang Kertas Kerja

Antara pembentang kertas kerja termasuklah Ustaz Lutfi Arifin, JK Ulama PAS negeri Kedah membentangkan tajuk Mewaqafkan diri dalam perjuangan dan Ustaz Ridzuan Mohd Nor JK Pemuda PAS Pusat bertajuk " Nak seribu daya". Pada sebelah pagi, Konvensyen dirasmikan oleh Al-Fadhil Ustaz Shuib Din, Ketua Ulama PAS Perak dan majlis penutup disempurnakan oleh Al-Fadhil Ustaz Abu Bakar Hussin, Pesuruhjaya Pas Perak.

Walaupun konvensyen bermula seawal 8.00 pg, aku hanya sempat hadir pada jam 3.30 ptg. Pada hujung minggu lepas, aku menguruskan program untuk bakal-bakal mahasiswa yang terdiri dari lepasan spm, stpm dan stam. Sempatlah juga menadah telinga mendengar Ustaz Ridzuan bersyarah.

Perang Tabuk

Ustaz Riduan menceritakan sedikit sebanyak sejarah hidupnya terlibat didalam gerakan islam dan istiqomah sehingga ke hari ini. Semalam juga aku baru mengetahui yang ustaz Riduan pernah berkhidmat dengan kerajaan sebagai cikgu selama 13 tahun (kalau tak silaplah). Sepanjang beliau menjadi cikgu, banyak ujian dan dugaan di tempuhi.

Beliau terkesan dengan kisah perang tabuk sehingga beliau terus istiqomah dalam perjuangan menegakkan islam.

Seperti yang kita ketahui pada perang tabuklah terdapat 3 org yang berlengah-lengah untuk pergi berperang bersama Rasulullah s.a.w dan akhirnya mereka terlepas untuk pergi berperang, antaranya Murarak bin Rabi, Hilal bin Umayyah dan Ka'ab bin Malik. Setelah pulang dari medan perang, Rasulullah s.a.w solat 2 rakaat di masjidnya dan seramai 80 orang munafiq termasuk 3 orang sahabat tersebut beratur dibelakang nabi. Usai Rasulullah s.a.w solat, kaum-kaum munafiq meminta maaf dan memberi alasan ketidakhadiran mereka ke medan perang.Kesemua mereka dilepaskan, walaubagaimana pun 3 orang sahabat di kenakan hukuman.(peristiwa penuh perang tabuk akan dipost kemudian)

Ustaz Riduan melontarkan persoalan :

"Sahabat bertiga tersebut adalah badrin(ahli badar), bukan frontliner(pejuang barisan hadapan) dan tentera yang menyertai perang tabuk adalah 30,000, ketidak hadiran mereka bertiga tidak membei kesan yang besar terhadap bilangan tentera namun, mengapa mereka tetap dihukum??"

"Perlu diingatkan, kita adalah sempadan-sempadan Islam dan jangan biarkan musuh memasuki dan merosakkan Islam melalui sempadan kita. Walaupun ketiga-tiga sahabat tersebut bukanlah orang penting dalam peperangan namum tugas mereka tidak terlucut dari pergi berperang."

Ustaz Riduan menjelaskan lagi,
" Seperti mana kita, setiap dari kita bertanggungjawab mempertahankan Islam walau apa jua posisi kita. Malangnya ramai dikalangan sahabat-sahabat ana yang hebat dikampus tergelincir dari perjuangan Islam."

Perlunya menintima'kan diri dalam jemaah

Perkara yang paling penting dalam ucapan Ustaz Riduan perlunya berintima dengan jemaah sejurus sahaja melangkah ke perjuangan sebenar. Ramai yang memberi alasan kerja, keluarga dan lain-lain untuk mengatakan TIDAK dan satu macam ALASAN kepada gerak kerja Islam sedangkan hakikatnya mereka sudah putus hubungan dengan jemaah. Usrah ditinggalkan, kopiah berbalut serban diganti dengan songkok tinggi dan habuan dunia menjadi matlamat hidup.

Ustaz Riduan telah terlibat dengan usrah pemuda sejak tahun pertama di masjid Abdul Rahman, lembah pantai dan akhirnya beliau dilantik sebagai exco pemuda kawasan lembah pantai dan ketua pemuda wilayah. Walaupun beliau bukanlah orang hebat dikampus, kerana keterikatan dengan jemaah menyebabkan sekarang beliau menjadi orang yang terpenting dalam PAS.

Berbanding dengan mereka yang asal hebat dikampus, namun kerana tiadanya ikatan yang kukuh dengan parti, mereka menjadi orang yang jauh dengan perjuangan Islam. Benarlah perumpamaan kambing dan serigala. Kambing akan selamat sekiranya mereka berada secara kumpulan. Sekiranya kambing lari dari kumpulannya, maka mudahlah serigala menyerang dan dijadikan santapannya.

Majlis Penutup


Majlis penutup disempurnakan oleh Al-Fadhil Ustaz Abu Bakar Hussin. Mulanya aku bersemangat untuk mengutip bait-bait kata dari seorang ulama' yang tersohor di Perak. Dek kerana badan kepenatan menguruskan program pada sebelah pagi dan menunggang motosikal sejauh lebih 50km dalam cuaca yang panas (around 38c), aku terlelap dipertengahan ucapan Al-Fadhil Ustaz. Sedar-sedar beliau tengah berbicara berkaitan dengan tahaluf siasi dalam pakatan rakyat dan perlunya berdakwah kepada non-malay.

Di akhir program aku sempat berjumpa dengan sahabat lama yang juga merangkap exco pemuda Pas negeri.Asalnya aku nak menzahirkan keinginan untuk berusrah dengan pemuda sepanjang cuti 4 bulan. Malangnya, keinginan aku terbantut. Beliau dihantar oleh PAS untuk mengikuti Tarbiah dari HAMAS selama 3 bulan di Yaman.'ala kullihal, kena carilah juga usrah pemuda di kawasan Taiping@Bukit Gantang. Takut-takut jika kita tidak mencari, jemaah akan pergi menggalkan kita. Kita yang perlukan jemaah, bukan jemaah memerlukan kita. Jika kita tidak ada, Allah akan gantikan dengan orang yang bersedai mewaqahkan diri dalam Gerakan Islam..

Comments

0 Responses to "mengulama'kan generasi muda."

Post a Comment

Sirr al-Asrar

Sirr al-Asrar

Who is Sirr al-Asrar

Kembara Ilmu

1) Tadika Kemas Taiping Perak

2) SAR Nurul Islam Taiping Perak

3) Sk St George 1 Taiping Perak

4) SK Kg Jambu Taiping Perak

5) SMK King Edward 7 Taiping Perak

6) SMKA Sultan Azlan Shah Bota Perak

7) SBPI Gopeng Perak

8) SMKA Sultan Azlan Shah (kembali)

9) SEPAKAT Driving Car

10) Persijilan Maahad Tahfiz Darul Quran KKB Selangor

11) Pondok Baitul Qura' Sg Udang Melaka

12) Allied Health Sciences CFS IIUM PJ Selangor

13) Tallaqi Kitab Ax101 with Us Muhadir

14) Dietetic IIUM Kuantan

Ar-Rijal


Kedai Kopi

Jemput Ziarah

Popular Posts

TETAMU