Lawak di awal Muharam..

"Saya tidak menyangka bahawa di pagi 1 Muharram 1431H, saya akan membaca satu artikel jenaka berbentuk dakwaan (baca dakyah) iaitu ‘Semangat Hijrah menepati 1Malaysia.

Bagaimana Najib boleh terfikir Hijrah itu tepati 1Malaysia, atau sepatutnya 1Malaysia yang kena tepati Hijrah? Untuk menghilangkan pening kepala dan jenaka ini, kita cuba asingkan dahulu, apa itu Hijrah dan apa itu 1 Malaysia.


Apa itu Hijrah?

Hijrah adalah salah satu peristiwa besar berlaku dalam sejarah Nabi dan para sahabat. Ia menjadi titik penting marhalah berikutnya. Di Mekah, Nabi bukannya pemerintah. Selepas hijrah, Nabi bukan sahaja menjadi Nabi bahkan pemerintah negara Islam Madinah. Yang ditegakkan dalam pemerintahan dan perundangan paling tinggi ialah Islam, hukum Quran dan Sunnah.

Penyatuan dan perpaduan di antara Aus dan Khazraj menjadi Ansar. Muhajirin pula dipersaudarakan dengan Ansar. Semuanya di atas nama Islam, bukannya Arab walaupun kesemuanya adalah bangsa Arab termasuk Nabi SAW sendiri.

Keadilan yang ditegakkan berpaksi kepada hukum Quran dan Sunnah Nabi ketika itu, bukan keadilan yang diraba-raba dari Timur dan Barat. Keadilan kepada semua rakyat termasuk bukan Islam tetap dijaga.

Matlamat dan halatuju yang dibawa Nabi cukup jelas iaitu membawa manusia menyembah hanya kepada Allah, membuang syirik dan menegakkan Islam sebagai sistem hidup secara holistik, bukannya matlamat yang direka di tengah jalan sehingga para Sahabat pun perlu diberi taklimat semula.

Kesatuan 1 Madinah yang ditegak dengan 1 ummah dan hanya 1 Tuhan berasaskan ayat Allah:

‘Dan sesungguhnya umat ini umat yang satu, dan Aku adalah tuhan kamu, maka hendaklah kamu bertaqwa’.

Apa pula yang dikatakan 1Malaysia?

Untuk beberapa ketika apabila konsep 1Malaysia diperkenalkan, bukan sahaja rakyat yang kabur, pak-pak menteri pun tak tahu hingga perlu dibuat majlis penerangan pula kepada pak-pak menteri itu.

Saya cuba ’search’ dalam internet, ketemu dengan bahan yang disediakan oleh Bahagian Penerbitan Dasar Negara menghuraikan Konsep 1 Malaysia ( Penjelasan Mengenai Lapan Nilai).

Dalam mendefinisikan konsep 1 Malaysia, ucapan Najib diambil menjadi ‘matan’nya:

“Kita berdiri, kita berfikir dan bertindak sebagai bangsa Malaysia. One People. Dan kita mengambil tindakan-tindakan berdasarkan kehendak semua kumpulan etnik dalam negara kita;

Ini bukan bererti kita mengetepikan dasar afirmatif, dasar untuk menolong kaum Bumiputera asalkan dasar itu dilaksanakan dengan cara yang adil dan memberi pertimbangan kepada golongan Bumiputera yang layak mendapat sesuatu pertimbangan daripada kerajaan.

Kita keluar daripada cara bertindak dalam tembok etnik yang kita amalkan sejak sekian lama”.

Dari matan ucapan Najib yang mengilhamkan (atau dengan kata lain membid’ahkan) Gagasan 1 Malaysia itu, ada beberapa keypoint:

-berfikir dan bertindak sebagai bangsa Malaysia. One People

-tindakan berdasarkan kehendak semua kumpulan etnik, tidak dalam tembok etnik tertentu.

Soalannya ialah di manakah letaknya agama yang sepatutnya mendasari tindakan seorang muslim, termasuk dalam konteks sebagai seorang pemerintah tertinggi sebuah negara? Ia menepati semangat hijrah? Kehendak semua kumpulan etnik itu apa asasnya? Islam tidak adil untuk semua etnik? Celaru dan pening sekali lagi.

Apabila meneliti huraian-huraian yang dibuat oleh Bahagian Penerbitan Dasar Negara itu, kelihatan ia punya nilai universal, tetapi kosong dari Islam sebagai teras dan asas.

Dalam ucapan sempena hijrah:

Najib berkata, konsep persaudaraan dan perpaduan yang diterapkan Rasulullah pada permulaan hijrah adalah secara holistik tanpa mengira warna kulit, keturunan atau kedudukan.

“Masyarakat di Madinah ketika itu terdiri daripada pelbagai kaum dan agama, hidup penuh aman dan harmoni berasaskan Perlembagaan Madinah yang mengutamakan perpaduan serta mempertahan Islam sebagai agama, keadilan sosial kepada semua dan melindungi minoriti serta memberi kebebasan mengamalkan agama kepada kaum bukan beragama Islam di bawah pemerintahan negara Madinah,” katanya.

Ucapan tentang hijrah dan Madinah itu benar, tetapi apabila mengaitkannya dengan 1Malaysia, maka kias itu namanya qias maalfariq (kias serta adanya perbezaan). Jauhnya seperti langit dengan bumi. Lantas, dakwaan semangat hijrah tepati 1 Malaysia wajar sekali dianggap lawak antarabangsa awal Muharram

Comments

3 Responses to "Lawak di awal Muharam.."

Adila Ady said... December 20, 2009 at 12:00 AM

pelaksanaan dasar2 islam memang jelas jarang dipraktikkan dalam pentadbiran kat malaysia ni.tapi takdelah tak lansung..mungkin kurang.

dulu walaupun islam y berkuasa,non-muslim tabik dengan islam..tetapi sekarang berbeza benar.Islam dah diperkotakkatikkan kat Malaysia ni.

btw,nice entry..
(komen y tak berapa ilmiah sangat)

Unknown said... December 20, 2009 at 1:28 AM

benci 1malaysia dikaitkan dengan sesuka hati mak bapak dia je..

Abu 'Ubaidah Al-Jaiz said... December 21, 2009 at 1:51 AM

kalu boleh sume benda nak di'onemalaysia'kn

kali nie najib silap banyaklah..

bila kebatilan dicampur dengan kebenaran, inilah kesannya.Umat Islam makin keliru, yg non-muslim makin sangsi dengan Islam..

Post a Comment

Sirr al-Asrar

Sirr al-Asrar

Who is Sirr al-Asrar

Kembara Ilmu

1) Tadika Kemas Taiping Perak

2) SAR Nurul Islam Taiping Perak

3) Sk St George 1 Taiping Perak

4) SK Kg Jambu Taiping Perak

5) SMK King Edward 7 Taiping Perak

6) SMKA Sultan Azlan Shah Bota Perak

7) SBPI Gopeng Perak

8) SMKA Sultan Azlan Shah (kembali)

9) SEPAKAT Driving Car

10) Persijilan Maahad Tahfiz Darul Quran KKB Selangor

11) Pondok Baitul Qura' Sg Udang Melaka

12) Allied Health Sciences CFS IIUM PJ Selangor

13) Tallaqi Kitab Ax101 with Us Muhadir

14) Dietetic IIUM Kuantan

Ar-Rijal


Kedai Kopi

Jemput Ziarah

Popular Posts

TETAMU