Minggu lepas, aku dan beberapa sahabat bersama-sama mengikuti program "Management Course of Student Leader 2009" anjuran 3 entiti terbesar di CFS IIUM STAD,RMDD dan LTD. Program ini menghimpunkan President, Vice President dan S/U bagi setiap society termasuklah MRC dan FRC. Tujuan utama program ini diadakan untuk menyelaraskan setiap event yang dirancang oleh semua society supaya tidak bertembung antara satu sama lain. Selain itu, ada juga diselitkan dengan ceramah berkaitan Leadership. Tidak lupa juga, program Qiam, solat jemaah, tazkirah dan mathurat untuk pembentukan spiritual yang mantap kepada pemimpin-pemimpin mahasiswa.Awal pagi dan petang dijadualkan untuk memperkasaan physical. Apabila seorang pemimpin itu memiliki spiritual yang mantap, ilmu yang tinggi dan physical yang kuat, barulah terhasilnya "world class leader".
Aku mewakili Entrepreneur Club ke program tersebut. Alhamdulillah objektif Entrepreneur club ke program tue tercapai. Main objektif adalah untuk mempromosikan aktiviti dan jualan Entreprenuer kepada semua society seperti jaulan t-shirt, jaket, barangan muslimah,makanan dan lain-lain. Selain itu, club kami juga ada menyediakan perkhidmatan banner, printing,liminating,wireless(in progress) dan banyak lagi.
Aku sebanarnya keberatan untuk menghadiri program ini kerana beberapa hari sebelum bertolak ke air keroh, Melaka(tempat program) aku dapat massage supaya menghadiri satu meeting penting di Gopeng, Perak pada hari Ahad. Alhamdulillah, sahabat-sahabat merangkap ahli mesyuarat memahami situasi yang aku hadapi dan membenarkan aku excuse dari meeting tersebut.
Secara keseluruhan, program nie agak best jugaklah, itu pun sebab buat kat resort, kalau tak mesti tak best (wakakaka). Program nie kalau ikutkan biasa-biasa je, aku pun dah banyak kali terlibat dengan program kepimpinan. Kalau pasal penginapan pulak, aku pun dah biasa berprogram ditempat-tempat exclusive. Masa sekolah menengah aku pernah je join program dihotel-hotel. Last sekali program "Toyota Eco-Youth" yang diadakan di Grand Blue Wave, Shah Alam dan Cititel Hotel, Mid Valley. Dua-dua hotel 5 star, berbanding dengan resort nie yang rasenye 2-3 star je.
Cuma yang buatkan rasa program nie best bila UIA Nilai dan PJ disatukan. Aku pun tak taw sebab ape. Mase ta'aruf week pun rase best bila PJ dan Nilai bersama-sama mengendalikan program. Walaupun masing-masing tidak pernah berjumpa (kecuali yang seDQ) tetapi kerana ikatan Ukhwah Islamiyyah,berpaksikan kalimah tauhid "Lailahailallah" segala-galanya berjalan lancar.Tidak ada pun kedengaran sentimen PJ dan Nilai. Masing-masing mengerti bahawa "i'm student IIUM" not "i'm student IIUM PJ or Nilai". Kalau kat tempat lain, aku pernah dengar cerita studentnya pernah bergaduh dan berperang mulut. Puncanya, masing-masing mempertahankan kolej(mahallah) dielah yang terbaik(macam budak-budak tadika je).
Sepanjang program nie, aku secara bangganya melantik diri sendiri menjadi photographer.Tak sia-sia aku tukar henset dari SE G705 kepada SE C902 walaupun umur hanset SE G705 hanya 2 bulan sahaja . SE C902 mempunyai camera 5.0 megapixel with auto flash, and others camera specs berbanding SE G705 yang hanya mempunyai camera 3.2 megapixel. Auto flash pun tak ada. 95% gambar yang dihasilkan oleh SE C902 sangat memuaskan hati. Lagi 5% kurang memuaskan hati kerana SE C902 nie ciptaan manusia. Kembalilah kepada fitrah hamba Allah. Hanya DIA sahaja yang layak untuk mencipta sesuatu yang sempurna,perfect dan tiada cacat celanya.Tapi jangan compare dengan camera Canon PowerShot SX10 IS Digital atau 12-Mp DSLR camera Nikon D700. Kualiti gambar macam langit dan bumi. Kalau sekadar gambar kenang-kenangan boleh le.
antara koleksi gambar sepanjang program
Lunch at R n R Ayer Keroh
Kepada semua sahabat(termasuk aku) yang memegang kepimpinan di mana-mana society pun, tidak kira society itu kecil atau besar, sesungguhnya kita adalah sibghatallah(celupan dari Allah swt). Allah memilih kita untuk memegang amanah yang mana kita tahu, makhluk Allah yang sebesar-besar alam (7 petala langit,bumi dan gunung-ganang) pun menolak untuk memikul amanah kerana takutnya azab Allah yang Maha pedih.Di dalam Al-Quran,Allah melabelkan manusia ini zalim dan bodoh kerana gagalnya menjalankan amanah, bererti merelakan diri dicampak ke api neraka(menzalimi diri sendiri) dan bodoh kerana sudah tahu amanah itu berat tetapi masih menerimanya.
Walaubagaimanapun seandainya kita laksanakan amanah ini dengan adil dan saksama, berpandukan Al-Quran dan As-Sunnah, ingatlah Rasululah SAW
pernah bersabda yang mafhumnya,
Rasulullah SAW menyebutkan antara tujuh golongan yang mendapat teduhan dan naungan dari Allah pada hari yang tiada naungan nanti ialah pemimpin yang adil. -Bukhari dan Muslim-
sekarang terpulang kepada kita samada untuk menjadi ahli syurga atau ahli neraka. Allahu Akhbar..!!! Tidakkah kita mahu menjadi ahli syurga? Jika mahu, laksanakan amanah Allah ini dengan sebaik-baiknya.
knapa kita masih mahu memikul amanah tu wlupon kita tau yg amanah tu amat2 berat?
betul 2, amanah itu berat tetapi jangan kita lupa Allah juga berfirman "Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya" 2:286
Semuanya sudah ditetapkan oleh Allah, semuanya kita mampu untuk laksanakan sebaiknya, sama ada nak atau x je.
pada akhir artikel 2, Rasulullah bersabda ganjaran kepada pimpinan yang adil.
rebutlah janji dari Rasulullah saw. Jadikan kepimpinan sebagai jalan menuju ke syurga Allah, bukan mencampakkan diri ke nerakanya.Na'uzubillah