Ramai dikalangan sahabat yang bertanya kenapa aku berpose dari menulis?? banyak sebab yang memaksa untuk aku berhenti seketika dari menulis dan tak perlulah aku nak jelaskan sebabnya. Cukuplah sahabat-sahabat yang rapat mengetahui.
Setelah berminggu-minggu rasanya PAS bergolak dengan isu UG, akhirnya perkara ini selesai juga dengan penuh harmoni.Diharap semua dikalangan kita tidak kira pimpinan atau ahli menjadikan isu ini sebagai tarbiah dari Allah s.w.t. Selama ini kita syok dan bertepuk tangan bila tengok UBN dan parti-parti komponen berbalah sesama mereka. Dan kali ini, Allah swt bagi ujian secara direct kepada kita. Jangan kita lupa, jika kita nak jadi pejuang Allah swt yang sejati, kita seharusnya melepasi ujian-ujian yang diberi kepada kita, seperti mana kaum-kaum yang terdahulu.Seandainya kita lepas saringan dari Allah swt, Insya Allah syurga menanti kita diakhirat kelak.
Allah berfirman :
"Wahai orang yg beriman, mahukah kamu AKU tunjukkan suatu perdagangan yang dapat menyelamatkan kamu dari azab yang pedih? Beriman kepada Allah dan RasulNya dan berjihad dijalan Allah dengan harta dan jiwamu, itulah yg lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahui.Nescaya Allah mengampuni dosa-dosa kamu dan memasukkan kamu kedalam syurga yang mengalir dibawahnya sungai-sungai dan ke tempat-tempat tinggal yang baik didlm syurga 'Adn. Itulah kemenangan yang agung" [61:10-12]
dan pada ayat lain, Allah berfirman :
"Ataukah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu(ujian) seperti (yang dialami) orang-orang terdahulu sebelum kamu?" [2:214]
beberapa pengajaran dan iktibar yang boleh kita dapat dari peristiwa bersejarah ini antaranya ;
1) Pentingnya tarbiah kepada semua peringkat.
Ketika isu UG hebat diperkatakan, ada sebahagian dikalangan kita yang bertindak melangkau adab-adab berjemaah. Tidak salah kita nak berdiskusi dan memberi pendapat terhadap sesuatu isu tetapi kalau sampai menghina pimpinan, mencerca dan memaksa pimpinan tertentu meletak jawatan dan sebagainya adalah suatu yang melampau. seolah-olah hilang thiqah kita kepada pimpinan yang kita sendiri lantik tidak sampai sebulan pun. Tulisan-tulisan di pelbagai blog yang aku lawati lebih bersifat emosi dan terlebih buruk sangka dari bersifat ilmiah. Kerana kurangnay tarbiah, ada dikalangan ahli yang keluar dari jemaah ini semata-mata kerana isu ini. Kita seolah-olah lupa yang berbeda pendapat adalah suatu perkara yang lumrah dalam kehidupan berjemaah. Ingin aku tegaskan, mengkritik tidak salah malah dibenarkan didalam Islam tetapi ketika kita mengkritik, jangan sampai hilang akhlak islamiyah didalam diri. Semua pihak harus menitik beratkan tarbiah didalam setiap roh-roh pejuang Islam supaya perkara begini tidak akan berlaku lagi di masa akan datang.
2) Pertingkatkan kefahaman berkaitan jemaah.
Didalam jemaah, siapa yang harus kita letakkan ketaatan(wala') yang tertinggi. Mursyidul Am, presiden or sekadar ketua cawangan. Perkara ini perlu di jelaskan kepada semua ahli supaya tidak timbul kekeliruan apabila berlaku arahan yang bertentangan antara satu sama lain.Apabila timbul isu, siapa yang layak untuk keluarkan statement. Bila masing-masing nak beri pendapat kat media, bukan dapat selesaikan masaalah, malah makin mengusutkan tali yang dah memang kusut pun.
3) Berhati-hati dengan strategi musuh.
Musuh sentiasa mencari lubuk-lubuk yang dapat menyerang kita. Adakalanya mereka bertidak secara redikal dan ada juga lembut je sampai kita sendiri tidak sedar serangan dari pihak musuh. Pimpinan juga seharusnya yang peka dengan serangan musuh terutamanya serangan dari wartawan. Merekalah yang akan bertanya soalan provokasi kepada pimpinan. Seandainya pimpinan masuk jerat yang dipasang oleh mereka, maka keluarlah statement-statement yang kurang manis didengar. Bukan itu sahaja, tektik berbaik-baik dan memuji pimpinan tertentu hanyalah untuk menambahkan lagi perpecahan dan menimbulkan lagi kebencian kepada pemimpin tertentu.
4)Pentingnya menguasi media
Us Hasrizal dah ulas pasal isu ini. Gie jelah baca kat blog die dalam tajuk
"Berubahlah Untuk Memimpin Perubahan".
Cukuplah dengan 4 pengajaran yang aku bawakan. Semoga peristiwa ini mematangkan lagi ahli dan pimpinan dalam menuju tampuk pemerintahan. Keputusan dah dicapai dan mana-mana pihak tidak perlulah mempersoalkan UG lagi. Jika ada suara-suara sumbang yang cuba memecah belahkan ukhwah islamiyyah dikalangan ahli dan pimpinan, andalah yang sebenarnya musang berbulu ayam. Apa yang penting sekarang, rapatkan saf dan bersedia menghadapi PRK Manik Urai. Moga-moga Allah swt mengurniakan kemenangan kepada yang benar dan berilah kekalah yang mutlak kepada yang menyeru kepada kebatilan

Post a Comment