YA ALLAH sibuknya hidupku dlm bulan ini
Balik Perak 2x dlm mase 2 hari....
Ada 3 tutorial, 2 quiz dan 2 projek yang nak kena aku settlekan...
Roadshow anak negeri kat melaka...
Final exam yg carry mark pun tungang langgang...
Habis exam kena punggah balik barang-barang kat bilik, kalu x kena saman pulak..
Lepas itu ada prog tarbiah....
Sebelum cuti dah ad appointment turun ke bukit gantang bantu g/koje pilihan raya...
Nak renew lesen moto yg dah expired 9/3 nie...
Mak pulak dah banyak kali tanya bila nak balik rumah...
Cuti pulak dua minggu je..pas 2 ad short sem..
Kena pergi kelantan untuk roadshow seterusnya
Mmmph...........gamaknya, tak adelah mase nak rilex time cuti nie..
Nie tak cite lagi pasal business.. adoi...
Penatnya hidupku ini...
Tapi ade ke istilah “kapet merah” dalam perjuangan?? Sebelum ini aku selalu di beri pengisian tentang perjuangan dan lain-lain dan sekarang aku mula merasainya. Bila fikir-fikir balik, sikitnya dugaan yang ALLAH bagi kat aku. Itu pun dah nak mengeluh, pondannya aku nie..hehehe
Teringat aku selepas aku berbaiah 2 tahun lepas,aku masih ingat lagi pesanan senior aku, “ Selepas ini tidak ada lagi istilah rilex dalam kamus antum semua. Hidup antum tak sama dengan sahabat-sahabat kat kampus sana. Mereka hanya belajar untuk mencapai 4.00 dan kita pulak lebih dari itu. Ingatlah, sekali antum melangkah ke dalam arus perjuangan, selama-lamanya antum akan berada disitu. Andai antum lari, Islam tidak akan rugi sedikit pun dengan kehilangan antum kerana akan ada orang akan berjuangan. Bahkan pada suatu masa yang dijanjikan, antum yang akan menyesal kerana meninggalkan perjuangan itu.”
Terang-terang ALLAH bagi tahu kepada kita bahawa
“sekiranya(yang kamu serukan kepada mereka) ada keuntungan yang mudah diperoleh dan perjalanan yang tidak berapa jauh, nescaya mereka mengikutimu, tetapi tempat yang ditujui terasa sangat jauh bagi mereka.” At-Taubah:42
“ataukah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu (cobaan) seperti(yang dialami) orang-orang terdahulu sebelum kamu. Mereka ditimpa kemelaratan, penderitaan dan kegoncangan (dengan pelbagai ujian)sehingga rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya berkata, “bilakah datangnya pertolongan ALLAH?” Ingatlah, sesungguhnya pertolongan ALLAH itu dekat” Al-Baqarah:214
“kalau takut pada risiko, usah bicara soal perjuangan”. (Anwar Ibrahim)
Sahabat-sahabat, doakan aku terus thabat dalam perjuangan untuk meletakkan Islam ditempat yang tertinggi dan dengan perjuangan inilah aku mengharapkan rahmat ALLAH turun kepadaku.
"YA ALLAH, Tuhan kepada hati yang sentiasa berbolak-balik, tetapkanlah hati-hati kami dalam agamaMU dan ketaatanMU"
Post a Comment