The Power Of Niat

"Seorang perokok menyatakan kehairanannya bahawa bulan puasa boleh pulak dia sehari suntuk tidak merokok meskipun dia seorang kaki rokok”

Fenomena ini sering berlaku terutamnya ketika dibulan Ramadhan.Perokok yang pada asalnya susah hendak berhenti tabiak buruknya itu akhirnya, dapat mengekang kehendak untuk merokok pada waktu siang hari di bulan Ramadhan walaupun pada malamnya, rokok dijadikan hidangan berbuka puasa.

Inilah kehebatan niat yang dikurniakan oleh Allah kepada hambanya. Didalam Ilmu psychology, ade kajian berkaitan dengan 2 pesakit yang menghidap penyakit yang berbahaya dan boleh membawa maut.

Situasinya begini,yang pertama, pesakit A, die tahu jenis penyakit dan dijelaskan oleh doctor tentang jangka masa hayat hidupnya. Pesakit B pulak, die tidak tahu ke’serious’kan penyakit yang dihadapi dan hidup ceria seperti orang biasa.

Kajian menunjukkan, pesakit A lebih berpotensi untuk mati awal berbanding dengan pesakit B. Hal ini kerana, pesakit A pada amnya akan merasa lemah,putus asa dan menunggu saat-saat kematian tanpa ada ikhtiar untuk meneruskan kehidupan kerana merasakan segala usahanya sia-sia.Penyakitnya setiap hari semakin parah dan akhirnya, maut menjemputnya.
Pesakit B pulak, akan meneruskan kehidupan seperti biasa, makan ubat ikut masa yang ditetapkan, bekerja, dan aktiviti-aktiviti yang biasa dilakukan oleh orang normal.

Senario ini menunjukkan, pesakit A telah berniat untuk mati manakala pesakit B tidak berniat sedemikian. Malah , kadang-kadang, pesakit B boleh sembuh dari penyakit yang berbahaya walaupun pada asalnya jangka masa untuk hidup(mengikut kiraan doktor) hanya beberapa hari sahaja.

*Walaubagaimanapun disini aku nak menegaskan bahawa, ajal maut semuanya kuasa Allah S.W.T. dan dah termaktub di Luh Mahfuz. Bukan kuasa doktor atau sesiapa sahaja.

Lihatlah kuasa niat. Konsep ini sama seperti di dalam belajar. Andai pelajar tersebut berniat untuk berjaya dalam peperiksaan, Insya Allah dia akan dapat apa yang dihajatkan.
Dalam Islam, niat adalah rukun yang penting dalam menjalani sesuatu ibadah. Tanpa niat ibadah tidak sah . Letak niat adalah di hati. niat mestilah dikaitkan kerana Allah

Niat juga adalah syarat amal itu diterima seperti hadis Rasullulah yang bermaksud " sesungguhnya amal itu bermula dengan niat.

Dengan berniat melakukan sesuatu kebaikan telah dikira ganjaran pahala di sisi Allah 1 bahagian manakala sesudah niat itu dipraktikkan maka digandakan amalan itu sehingga 10 kali ganda hingga kepada 700 kali ganda oleh Allah swt melainkan ibadah puasa yang Allah sendiri akan membalas sebanyak-banyak pahala yang tidak diberitahu bilangannya.

Orang Islam melakukan amalan ibadah adalah semata-mata kerana Allah . Di sini terdapat hubungan yang kuat antara makhluk dengan penciptanya.

Jadi bagi kita orang Islam untuk melakukan sesuatu perkerjaan baik maka niatkan amalan kita kerana Allah semata-mata. Di sinilah kekuatan dan kehebatan orang Islam yang akan mendapat pertolongan dari Allah di atas kerja buatnya bagi mencapai kejayaan dunia untuk akhiratnya.

Sepertimana janji yang kita lafazkan setiap kali sembahyang " Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan mati ku kerana Allah tuhan sekalian alam"


Tiap-tiap pagi selepas kita bangun dari tidur, sebelum kita memulakan hari kita dengan tahajud atau subuh, marilah kita same-same mempraktikkan niat ini:

1. Aku berjanji pada hari ini akan menjadi hamba Allah yang taat- Aku dengar dan aku patuh.

2. Pada hari ini aku hapuskan segala kemarahan yang ada melainkan marahku apabila Allah marah terhadap perbuatan mungkar

3. Pada hari ini aku akan menghapuskan kebimbangan dan kerisauanku kerana semuanya Allah telah Qada dan Qadarkan semuanya adalah baik untuku

4. Pada hari ini aku akan sentiasa memanjatkan syukur pada Allah dan berterima kasih pada manusia kerana Allah akan tambahkan nikmat atasku.

5. Mulai hari ini aku bebaskan segala tekanan yang aku rasa kerana dengan mengingati Allah hati ku menjadi tenang dan tenteram

6. Pada hari ini aku akan melakukan kerja dengan amanah dan jujur kerana inilah sifat para nabi

7. Pada hari ini aku akan lakukan kebaikkan dan menyayangi pada semua orang di sekelilingku.

Lakukan niat ini dengan penuh keazaman dan meresap didalam hati. Insya Allah setiap saat yang kita lalui akan mendapat keredhaan dari Allah. Kita for sure tidak tahu bila saat malaikat maut mancabut nyawa kita dan alangkah indahnya, malaikat maut mencabut nyawa kita disaat Allah meredhai kita hidup didunia ini.

*Nak ingatkan, niat semata-mata tanpa amalan zahir pun tidak guna jugak. Nanti jadi macam sesetengah ajaran sesat yang melakukan ibadah khusus dengan niat je.(kes malas le nie) Apa yang penting, niat kita mestilah selari dengan perbuatan dan perkara tersebut(niat dan perbuatan) mestilah bertepatan dengan AlQuran, Assunnah, Ijma' ulama dan qias.

Comments

0 Responses to "The Power Of Niat"

Post a Comment

Sirr al-Asrar

Sirr al-Asrar

Who is Sirr al-Asrar

Kembara Ilmu

1) Tadika Kemas Taiping Perak

2) SAR Nurul Islam Taiping Perak

3) Sk St George 1 Taiping Perak

4) SK Kg Jambu Taiping Perak

5) SMK King Edward 7 Taiping Perak

6) SMKA Sultan Azlan Shah Bota Perak

7) SBPI Gopeng Perak

8) SMKA Sultan Azlan Shah (kembali)

9) SEPAKAT Driving Car

10) Persijilan Maahad Tahfiz Darul Quran KKB Selangor

11) Pondok Baitul Qura' Sg Udang Melaka

12) Allied Health Sciences CFS IIUM PJ Selangor

13) Tallaqi Kitab Ax101 with Us Muhadir

14) Dietetic IIUM Kuantan

Ar-Rijal


Kedai Kopi

Jemput Ziarah

Popular Posts

TETAMU