Gendang sudah dipalu..



Sahabat-sahabat besar Rasulullah saw seperti Abu Bakar ra,Umar al-Khattab ra, Abu Ubaidah Al-Jarrah ra serta sahabat-sahabat dari Ansor berkumpul di Saqifah Bani Saadah untuk melantik penganti kepada Rasulullah saw sebagai khalifah dan meni

nggalkan jenazah Baginda yang mulia kepada kaum keluarga Baginda yang terdekat.

Adakah sahabat lebih cintakan jawatan berbanding Rasulullah saw??

Bahkan sejarah membuktikan mereka lebih kasihkan Baginda melebihi segala-galanya yang ada di langit dan bumi. Namun, perlantikan ketua kepada umat Islam bukanlah perkara yang main-main. Salah memilih ketua maka huru-haralah umat menghadapi ancaman musuh dari dalam mahu pun luar.

Bagitulah bijaksana para sahabat meletakkan aulawiyat pada tempat yang selayakknya.

Justeru, saya mewakili HEALS BOARD mengajak seluruh sahabat perjuangan Allied Health Sciences khususnya dan semua warga IIUM umunya untuk bersama-sama memeriahkan Pilihan Raya Kampus yang akan berlangsung pada minggu hadapan.

Sekiranya kita merasakan ada dikalangan kawan-kawan sekulliyah yang layak untuk memegang jawatan SRC, jangan segan silu untuk mencalonkan mereka. Dan kita sebagai "rakyat", tunaikan amanah kita untuk melantik pimpinan yang "Qawiyyun" (Kuat) dan "Amin" (Amanah)..

Sabda Rasulullah saw

"Ashabi kannujum, biayyihim iqtadaitum ihtadaitum".

Maksudnya: ‘Sahabat aku seperti bintang di langit, sesiapa di kalangan mereka yang kamu ikut, kamu akan dapat petunjuk.

Ahmad Hisham Bin Shamsuddin
Vice President 2
Allied Health Sciences Student Society (HEALS)

Sirr al-Asrar

Sirr al-Asrar

Who is Sirr al-Asrar

Kembara Ilmu

1) Tadika Kemas Taiping Perak

2) SAR Nurul Islam Taiping Perak

3) Sk St George 1 Taiping Perak

4) SK Kg Jambu Taiping Perak

5) SMK King Edward 7 Taiping Perak

6) SMKA Sultan Azlan Shah Bota Perak

7) SBPI Gopeng Perak

8) SMKA Sultan Azlan Shah (kembali)

9) SEPAKAT Driving Car

10) Persijilan Maahad Tahfiz Darul Quran KKB Selangor

11) Pondok Baitul Qura' Sg Udang Melaka

12) Allied Health Sciences CFS IIUM PJ Selangor

13) Tallaqi Kitab Ax101 with Us Muhadir

14) Dietetic IIUM Kuantan

Ar-Rijal

Kedai Kopi

Jemput Ziarah

Popular Posts

TETAMU