Alhamdulillah, Islam Menang..


Minggu lepas, boleh dikatakan minggu kemenangan kepada Islam sama ada diperingkat kampus hingga antarabangsa. Bermula dengan peristiwa yang melibatkan aqidah kita, tak lain dan tak bukan, pengeboman di Gaza. Baru-baru ini, Harakatul Muqawwamatul Islamiyah (HAMAS) mengistiharkan kemenangan ke atas zionis laknatullah dan sekutu-sekutunya termasuk pemimpin-pemimpin sosialist arab dan negara-negara Islam. Ketika kerakusan puak zionis mengebom Gaza, tidak ada satu pun negara Islam yang berani menghantar tentera untuk membantu HAMAS tambahan pulak, sanggup menyekat dan mengugut untuk di kenakan tindakan kepada rakyatnya yang ingin berjihad di Gaza. Pengumuman kemenangan oleh HAMAS dibuat selepas Zionis bersetuju untuk mengadakan pelan genjatan senjata yang di taja oleh Amarika. Sepertimana yang kita sedia maklum, tujuan utama zionis menyerang Gaza adalah semata-mata untuk menghapuskan secara total gerakan HAMAS yang masih berkuasa di Gaza. Manga dalam serangan yang digambarkan lebih dahsyat dari gempa bumi, kebanyakannya adalah golongan mustadh’afiin (kanak-kanak, wanita dan orang tua) dan pelan genjatan senjata dilaksanakan semata-mata untuk menyucikan tangan-tangan mereka yang telah menumpahkan darah-darah para syuhada. Ada juga yang mengatakan, HAMAS berjaya membunuh beratus-ratus tentera Zionis tetapi dirahsiakan demi menjaga air muka mereka.


Cerita yang kedua pulak berlaku di P036 Kuala Terangganu. Abdul Wahid Endut yang mewakili PAS dan PR telah berjaya merampas kembali kerusi parlimen dari UMNO/BN dengan mejoriti yang agak besar. Nampaknya segala momok-momak yang mengatakan PR adalah suatu pakatan yang tidak releven hanyalah omong-omong kosong sahaja. Sekarang MP PAS bertambah menjadi 23 (tolak sekor ‘katak’ dari Pasir Mas). Dan harapnya PAS akan lebih bersemangat untuk membawa panji-panji Islam di Parlimen. Gunakanlah kuasa yang ada untuk mengembangkan pengaruh Islam diseluruh Malaysia dengan cara yang berhikmah. Jangan sampai rakyat menolak kita kembali gara-gara tindakan kita yang tidak serius memperjuangkan Islam setelah mendapat kuasa. Apa yang menarik yang hendak dikongsi adalah berkaitan dengan isu hukum hudud yang dijadikan peluru oleh puak-puak Melayu Harbi untuk menjatuhkan dan meruntukkan perpaduan di dalam PR. Tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya. PAS berjaya menggunakan peluang ini untuk menjelaskan apakah itu hukum hudud dan Alhamdulillah, kebanyakan dari golongan bukan Islam menerima dengan terbuka hukum hudud ini walaupun pada mulanya mereka agak melenting. Masyarakat Islam yang sangsi dengan perjuangan PAS kembali menyokong perjuangan ini.Semoga kejayaan ini menyemarakkan lagi semangat para pejuang Islam di Malaysia untuk membebaskan Palastine dari cengkaman Zionist.

Apa-apa pun tahniah ke atas semua yang memilih Islam sebagai perjuangan. Walaupun kita kalah didunia, ingatlah kejayaan yang hakiki menanti kita disana.

Laungan “STUDENT POWER” bergema di UM

Kesibukkan aku dalam kehidupan seharian menidakkan aku untuk men’update’kan blog ini. Terlalu banyak benda yang perlu aku settlekan dan tambahan pulak, final exam pun dah nak dekat. Tido pun sejam dua je. Itu pun bukan waktu malam. Mase kosong antara kelaslah yang menjadi waktu berehat dan menenangkan minda. Tapi bagaimana orang sehebat dan sesibuk ustaz hasrizal, ustaz Nasaruddin Tantawi, Abg Dzulkhairi dan lain-lain sempat update blog mereka ek?? Kalu nak bandingkan dengan kesibukan aku, macam langit dan bumi. Mungkin inilah yang dikatakan keberkatan masa yang diberikan oleh Allah s..w.t kepada hamba-hambanya.



Rasenye tidak lambat untuk mengucapkan tahniah dan takziah di ucapkan kepada sahabat-sahabat seperjuangan yang berjaya memenangi PRK Kampus. Pro Mahasiswa berjaya menawan kembali Universiti Malaya pada pilihan raya kampus lepas. UIAM tidak perlulah nak ulas panjang lebar, tentunya kubu kuat Pro-M menang besar disana. sebelum keputusan diumumkan, Pimpinan Pro-M meminta kepada penyokong untuk berhimpun secara aman di hadapan Dewan Tengku Canselor(DTC), UM. Aku tidak melepaskan peluang ini untuk sama-sama menunjukkan sokongan terhadap calon-calon yang membawa panji-panji Islam selepas aku terlepas berjihad di KT. Seramai lebih 500 pelajar dari segenap kampus di lembah klang berkumpul. Himpunan ini bermula dengan solat isya’ secara berjemaah di bahagian lot parking dan solat hajat 4 rakaat disusuli zikir munajat. Kemudian pidato oleh beberapa pimpinan mahasiswa baik dari UM ataupun kampus luar. Selepas itu laungan ‘student power’, ‘hidup mahasiswa’ dan lain-lain membakar semangat para peserta. Ada juga laungan-laungan yang tidak sepatutnya dan agak kesat, bergema juga dan aku rasa ini semua diluar kawalan pimpinan. Setelah hampir 7 jam berhimpun (dekat-dekat pukul 3.30 pg) TNC HEP mengumumkan keputusan PRK yang berpihak kepada Pro-M. Kemudian laungan doa Wahdah yang di ketuai oleh Abd Hafizuddin Pres.PMIUM dan sujud syukur beramai-ramai di hadapan pintu DTC


Apa yang membanggakan aku ialah “keislaman” yang ditonjolkan oleh penganjur himpunan ini (Pro-M dan PMIUM) dan rakan-rakan seperjuangan baik semasa berhimpun atau selepas keputusan diumumkan. UM bukanlah seperti UIAM. Pelajar-pelajar UM terdiri daripada pelbagai bangsa baik Melayu,Cina,India dan lain-lain. Walaubagaimana pun Pro-M dan PMIUM tidak kekok dan takut untuk menunjukkan keislaman mereka kepada semua dengan solat jemaahnya,doa wahdah, dan sujud syukur. Alhamdulillah, mereka berjaya menambat hati para pelajar Um tanpa perlu menyembunyikan identity Islam dan ada di kalangan bukan Islam pun yang bersama-sama berjuang di landasan Pro-M. Hal ini mengajar aku untuk tidak perlu menyrmbunyikan identity Islam ketika berhadapan dengan golongan non-muslim. Tunjukkankan kepada mereka, inilah Islam yang sebenarnya melalui qudwah hasanah. Sesungguhnya, cara ini lebih berkesan dan terkesan kepada mereka. Sepertimana dakwah Rasulullah s.a.w. Rasanya kita semua sedia maklum kisah Rasulullah s.a.w dengan jirannya yang sentisa melemparkan kepadanya dengan benda kotor dan kisah pengemis wanita yahudi yang buta. Lihatlah kesannya, kedua-duanya memeluk agama Islam hanya dengan akhlak Rasulullah s.a.w sahaja. Bukankah nilai ganjaran kepada mereka yang menjadi asbab kepada hidayah Allah adalah lebih bernilai dari dunia dan isi-isinya.


Sapa kata dakwah itu susah?? Melalui akhlak sahaja sudah cukup menambat hati manusia. Yang lain-lain adalah tambahan kepada mad’u yang keras hatinya untuk kembali ke jalan yang benar. Hanya orang yang tidak ikhlas sahaja di medan dakwah ini yang berasa payah untuk berdakwah.

Gaza, Adakah kau dengar suara kami???

HIDUPx2!!!!! HIDUP ISLAM!!!!
JAHANAMx2!!!! JAHANAM YAHUDI!!!



154. Dan janganlah kamu mengatakan terhadap orang-orang yang gugur di jalan Allah, (bahwa mereka itu ) mati; bahkan (sebenarnya) mereka itu hidup[100], tetapi kamu tidak menyadarinya.
[100] yaitu hidup dalam alam yang lain yang bukan alam kita ini, di mana mereka mendapat kenikmatan-kenikmatan di sisi Allah, dan Hanya Allah sajalah yang mengetahui bagaimana keadaan hidup itu.

Beberapa hari lepas,bertempat di CFS IIUM, pelajar-pelajar merangkap rakan-rakan seperjuanganku berdemonstrasi dihadapan Clinic CFS IIUM(pelik tak demo kat pedan clinic) bagi membantah tindakan tidak perikemanusiaaan Zionist laknatullah terhadap saudara-saudara kita di palastine. Aku kira ini adalah minggu kedua Zionist melancarkan operasi ketenteraan terhadap kawasan palastine yang dikuasai oleh HAMAS.


Sebabnya mudah sahaja, untuk menghapuskan kumpulan “terrorist” seperti mana alasan-alasan mengarut yang diberikan oleh Amarika untuk menyerang Iraq dan Afghanistan. Paling menyedihkan, segelintir daripada masyarakat Islam-Arab terutamanya pemimpin tertinggi kerajaan tidak merasa apa-apa terhadap pembantaian,penyembelihan dan pemerkosaan Gaza.


Ada pula yang membantu secara tidak langsung terutamnya Mesir. Aku cukup-cukup benci terhapad Hosni Mubarak dan sekutu-sekutunya. Nak je aku labelkan sebagai MUNAFIQ zaman moden kerana tindakannya menutup pintu masuk sempadan Gaza-Mesir. Hal ini menyebabkan bantuan-bantuan dari luar berupa makanan,ubat-ubatan dan keperluan harian lain tidak dapat masuk ke Gaza. Kalau nak buka pun kena dapat restu dari Israel.(Mestilah Israel tak bagi buka).
*Hanya Rasulullah S.A.W sahaja yang boleh mencop seseorang itu munafiq dan sebagainya. Sahabat-sahabat pun tidak mampu nak menentukan keMUNAFIQan seseorang.


Seperti mana kita sedia maklum, Gaza sudah berbulan lama menjadi sebuah penjara besar kepada rakyat Palastin akibat sekatan yang dikenakan oleh Israel sebelum misi ketenteraan. Palastin telah disekat pemberian gas dan petrol yang menjadi bahan penting untuk menjana elektrik dan kesannya, seluruh Gaza menghadapi krisis kemanusiaan yang amat dahsyat.
Pada masa itulah Israel memulakan peperangan dengan HAMAS bermula dengan siri serangan udara oleh jet-jet pejuang tanpa pemandu(dasar penakut) yang menyebabkan ratusan terkorban pada hari pertama Israel melancarkan serangan. Mengikut sumber-sumber yang boleh diperrcayai apabila Israel mula menyerang melalui darat, mereka mengalami kekalahan yang boleh dikatakan teruk. Puluhan tentera mereka mati dan ribuan lain cedera.


Kereta kebal yang kononnya yang terhebat diatas muka bumi ini musnah dengan serangan bom-bom buatan sendiri. Masih ingat tak lagi Intifada yang kedua??? Rakyat Palastin mampu mengalahkan tentera laknatullah dengan bersenjatakan batu sedangkan lawan mereka lengkap bersenjata. Hebatnya kuasa Allah dan pertolongannya kepada hambanya yang dizalimi.
Isu Palastin bukanlah berlaku baru-baru ini. Palastin sering bertukar tangan antara pihak Islam dan pihak Yahudi/Kristian. Ia menjadi rebutan sepanjang zaman untuk umat tiga agama langit yang memiliki kitab samawi masing - masing yang mendakwa sejarah pendudukan dan pemerintahan di situ. Jika tidak kerana Allah menghukum dan memutuskan bahawa bumi haramNya itu adalah milik hambaNya yang bertaqwa yang berada di atas jalanNya yang lurus, iaitu Islam, agama tauhid nabi Ibrahim al hanif alaihissalam, iaitu datuk kepada ketiga - tiga umat tersebut, maka tiadalah umat Islam memiliki hujjah mutlak untuk memilikinya

Sehingga kini, ramai dikalangan kita yang masih berharapkan agar negara Super Power iaitu Amarika untuk mendesak Israel menghentikan serangan. Jangan kita lupa, Amarikalah yang membekalkan senjata-senjata canggih untuk Israel dan baru-baru ini, Amarika sedang membuka tender untuk menyewa kargo yang akan digunakan untuk mengangkut berbilion tan senjata kepada Israel.


Nak harapkan negara-negara Arab?. Sehingga semalam pun, mereka tidak mampu menyapu dan membersihkan diri daripada tohmahan bahawa mereka adalah sebahagian konspirasi pengeboman di Genting Gaza. Mereka membisu seperti bisu anak dara yang melakukan zina. Negara Arab yang berzina dengan Israel! Ah, sejak bila mereka menerima kehadiran HAMAS? Apatah mengiktiraf mereka sebagai rakan hidup dan mati? Sedangkan mereka tahu bahawa HAMASlah nyawa dan nadi umat Islam Palestin hari ini.


Anda hanya perlu meneka, siapakah yang lebih takutkan HAMAS? Israel atau Arab nasionalis syirik itu sendiri? Malaysia ape cite pulak? Kalau benarlah kerajaan betul-betul prihatin kepada saudara mereka di Palestin dan tidak mengiktiraf kerajaan haram israel, kenapa tidak sahaja dibekukan atau tutup terus syarikat-syarikat Yahudi daripada terus beroperasi di Malaysia? Bukankah mereka yang menyeru supaya rakyat memboikot barangan Yahudi tetapi pada masa sama membenarkan syarikat-syarikat terbabit terus beroperasi sehingga sekarang tanpa sekatan. Takut negara mengalami kerugian ke? Atau memang selama ini ekonomi Malaysia bergantung kepada Yahudi. Fikir-fikirkanlah

214. Apakah kamu mengira bahwa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu (cobaan) sebagaimana halnya orang-orang terdahulu sebelum kamu? mereka ditimpa oleh malapetaka dan kesengsaraan, serta digoncangkan (dengan bermacam-macam cobaan) sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya: "Bilakah datangnya pertolongan Allah?" Ingatlah, Sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat.

Ingatlah, kita masih ada Allah yang menjadi tempat bergantung. Sejarah telah membuktikan, kekuatan fizikal bukanlah menjadi faktor utama kejayaan.Marilah kita bersama-sama mendoakan agar Allah memberi kemenangan kepada umat Islam seluruhnya. Kaalau boleh, tiap-tiap hari, jangan kita lupa untuk membaca Qunut Nazilah semasa sembahyang atau selepas sembahyang. Moga-moga Allah memberi kejayaan yang hakiki kepada kita. Ameen

The Power Of Niat

"Seorang perokok menyatakan kehairanannya bahawa bulan puasa boleh pulak dia sehari suntuk tidak merokok meskipun dia seorang kaki rokok”

Fenomena ini sering berlaku terutamnya ketika dibulan Ramadhan.Perokok yang pada asalnya susah hendak berhenti tabiak buruknya itu akhirnya, dapat mengekang kehendak untuk merokok pada waktu siang hari di bulan Ramadhan walaupun pada malamnya, rokok dijadikan hidangan berbuka puasa.

Inilah kehebatan niat yang dikurniakan oleh Allah kepada hambanya. Didalam Ilmu psychology, ade kajian berkaitan dengan 2 pesakit yang menghidap penyakit yang berbahaya dan boleh membawa maut.

Situasinya begini,yang pertama, pesakit A, die tahu jenis penyakit dan dijelaskan oleh doctor tentang jangka masa hayat hidupnya. Pesakit B pulak, die tidak tahu ke’serious’kan penyakit yang dihadapi dan hidup ceria seperti orang biasa.

Kajian menunjukkan, pesakit A lebih berpotensi untuk mati awal berbanding dengan pesakit B. Hal ini kerana, pesakit A pada amnya akan merasa lemah,putus asa dan menunggu saat-saat kematian tanpa ada ikhtiar untuk meneruskan kehidupan kerana merasakan segala usahanya sia-sia.Penyakitnya setiap hari semakin parah dan akhirnya, maut menjemputnya.
Pesakit B pulak, akan meneruskan kehidupan seperti biasa, makan ubat ikut masa yang ditetapkan, bekerja, dan aktiviti-aktiviti yang biasa dilakukan oleh orang normal.

Senario ini menunjukkan, pesakit A telah berniat untuk mati manakala pesakit B tidak berniat sedemikian. Malah , kadang-kadang, pesakit B boleh sembuh dari penyakit yang berbahaya walaupun pada asalnya jangka masa untuk hidup(mengikut kiraan doktor) hanya beberapa hari sahaja.

*Walaubagaimanapun disini aku nak menegaskan bahawa, ajal maut semuanya kuasa Allah S.W.T. dan dah termaktub di Luh Mahfuz. Bukan kuasa doktor atau sesiapa sahaja.

Lihatlah kuasa niat. Konsep ini sama seperti di dalam belajar. Andai pelajar tersebut berniat untuk berjaya dalam peperiksaan, Insya Allah dia akan dapat apa yang dihajatkan.
Dalam Islam, niat adalah rukun yang penting dalam menjalani sesuatu ibadah. Tanpa niat ibadah tidak sah . Letak niat adalah di hati. niat mestilah dikaitkan kerana Allah

Niat juga adalah syarat amal itu diterima seperti hadis Rasullulah yang bermaksud " sesungguhnya amal itu bermula dengan niat.

Dengan berniat melakukan sesuatu kebaikan telah dikira ganjaran pahala di sisi Allah 1 bahagian manakala sesudah niat itu dipraktikkan maka digandakan amalan itu sehingga 10 kali ganda hingga kepada 700 kali ganda oleh Allah swt melainkan ibadah puasa yang Allah sendiri akan membalas sebanyak-banyak pahala yang tidak diberitahu bilangannya.

Orang Islam melakukan amalan ibadah adalah semata-mata kerana Allah . Di sini terdapat hubungan yang kuat antara makhluk dengan penciptanya.

Jadi bagi kita orang Islam untuk melakukan sesuatu perkerjaan baik maka niatkan amalan kita kerana Allah semata-mata. Di sinilah kekuatan dan kehebatan orang Islam yang akan mendapat pertolongan dari Allah di atas kerja buatnya bagi mencapai kejayaan dunia untuk akhiratnya.

Sepertimana janji yang kita lafazkan setiap kali sembahyang " Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan mati ku kerana Allah tuhan sekalian alam"


Tiap-tiap pagi selepas kita bangun dari tidur, sebelum kita memulakan hari kita dengan tahajud atau subuh, marilah kita same-same mempraktikkan niat ini:

1. Aku berjanji pada hari ini akan menjadi hamba Allah yang taat- Aku dengar dan aku patuh.

2. Pada hari ini aku hapuskan segala kemarahan yang ada melainkan marahku apabila Allah marah terhadap perbuatan mungkar

3. Pada hari ini aku akan menghapuskan kebimbangan dan kerisauanku kerana semuanya Allah telah Qada dan Qadarkan semuanya adalah baik untuku

4. Pada hari ini aku akan sentiasa memanjatkan syukur pada Allah dan berterima kasih pada manusia kerana Allah akan tambahkan nikmat atasku.

5. Mulai hari ini aku bebaskan segala tekanan yang aku rasa kerana dengan mengingati Allah hati ku menjadi tenang dan tenteram

6. Pada hari ini aku akan melakukan kerja dengan amanah dan jujur kerana inilah sifat para nabi

7. Pada hari ini aku akan lakukan kebaikkan dan menyayangi pada semua orang di sekelilingku.

Lakukan niat ini dengan penuh keazaman dan meresap didalam hati. Insya Allah setiap saat yang kita lalui akan mendapat keredhaan dari Allah. Kita for sure tidak tahu bila saat malaikat maut mancabut nyawa kita dan alangkah indahnya, malaikat maut mencabut nyawa kita disaat Allah meredhai kita hidup didunia ini.

*Nak ingatkan, niat semata-mata tanpa amalan zahir pun tidak guna jugak. Nanti jadi macam sesetengah ajaran sesat yang melakukan ibadah khusus dengan niat je.(kes malas le nie) Apa yang penting, niat kita mestilah selari dengan perbuatan dan perkara tersebut(niat dan perbuatan) mestilah bertepatan dengan AlQuran, Assunnah, Ijma' ulama dan qias.

I'm Blogger


Akhirnya setelah berfikir secara mendalam aku telah membuat keputusan untuk melangkah ke alam blog. Aku pun tidak mengerti sebabnya. Adakah aku terpengaruh dengan “adik beradik” ku? atau sekadar untuk mengisi masa kosong? (walaupun tiada masa kosong sebenarnya),atau untuk menunjuk-nunjuk kat kawan-kawan aku yang aku pun ade blog jugak la..(na’uzubuillah) ..atau..atau.. dan atau.. Walaupun 1001 sebab yang bermain di hati aku nie, yang aku harapkan agar Allah S.W.T tetapkan hati ini untuk menjadikan setiap perbuatan (termasuk menghasilkan blog ini) hanyalah satu iaitu kerana Allah s.w.t. Aku khuatir, andai niat aku terpesong, maka sia-sialah usaha aku ini. Mungkin kerana hebatnya kuasa niat, Imam Nawawi telah meletakkan hadith yang berkaitan dengan niat sebagai pembukaan kepada Kitab al-Arba’uuna Hadiithan yang mahsyur itu.


Daripada Amirul Mukminin Abu Hafsin 'Umar ibn al-Katthab r.a. beliau berkata:

Aku mendengarRasulullah SAW bersabda:Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya itu.[1]

Hadith ini merupakan antara hadith yang terpenting dalam membicarakan tentang syariat Islam. Masakan tidak, setiap rukun didalam ibadah mesti bermula dengan niat.Jika fail rukun yang pertama ini maka rosaklah seluruh ibadah kita.

Imam Daud berkata :
“Sesunggahnya hadith ini iaitu bahawasanya segala amalan itu adalah dengan niat adalah separuh daripada Islam, kerana Ad-Din itu dua perkara, sama ada ianya perkara zahir iaitu amalan ataupun yang batin.”[2]

Sementara Imam Ahmad dan Syafi’e pula berkata :
“Di dalam hadith ini iaitu bahawasanya segala amalan itu adalah dengan niat mengandungi satu pertiga ilmu.Sebabnya ialah kerana usaha seseorang itu adalah sama ada dengan hati,lidah atau anggota tubuh badannya. Maka niat dengan hati adalah salah satu dari tiga bahagian tersebut”.[3]


Nak cerita pasal ikhlas nie bukanlah sesuatu yang mudah.Kadang-kadang aku pun tidak pasti adakah amalanku selama ini benar-benar ikhlas kerana Allah S.W.T? Atau sekadar perkara rutin seharian seperti makan, minum dsb. Benarlah kata ustazah aku dahulu, dengan niat, kita dapat membezakan antara ibadah wajib dan sunat,adat dan ibadah, mu’min dan munafiq.

Ya Allah, Pemilik kepada hati yang sentiasa berbolak balik, tetapkanlah hatiku ini dalam agamaMU dan juga ketaatanMu.

AMIN YA RABBAL ‘ALAMEEN…

Insya Allah pada post yang akan datang aku akan bawakan bagaimanakah cara untuk memastikan setiap perbuatan ikhlas kerana Allah S.W.T


Dah tue nape aku beria-ia sangat nak jadi blogger nie..


Pada zaman globalisasi ini, medan dakwah terbentang teramat luas dan aku lihat blog ini adalah salah satunya. Sekarang, andai ada isu hangat lagi kontroversi yang berlaku di Malaysia, masyarakat terutamanya golongan yang tinggal di bandar tidak akan bulat-bulat menerima huraian isu di dalam surat khabar dan mereka akan mencari sumber alternative di internet. Semua orang taw, berita-berita dari Berita Hairan dan Utusan Merapu bukan boleh percaya sangat. Kadang-kadang aku meluat dengan berita yang berat sebelah kepada individu tertentu. Buktinya, baru-baru ini Ahli Parlimen Pokok Sena telah menang saman fitnah terhadap Utusan Merapu.Parti yang mentadbir kerajaan pusat sekarang juga mengakui, blog turut menjadi penyumbang kepada kekalahan besar mereka pada PRU12. Apa salahnya aku menggunakan peluang yang terbuka luas ini untuk berkongsi ilmu berkaitan dengan islam kepada semua terutamnya kepada bukan Islam. Disini aku tidaklah mengatakan yang ilmu aku hebat dan tinggi tapi sekadar perkara-perkara asas dalam islam tue, bolehlah.Ini merupakan langkah pertama aku dalam dunia blog. Aku bukanlah seorang yang pandai menulis dan mengarang ayat-ayat puitis dan berbunga-bunga seperti akh Majdi dan Syahir. Thaqofah islam pun tidaklah setinggi Akh Firdaus dan sehebat akh Muntaqim, akademik pulak jauh nak dibandingkan dengan Ukh Najihah.Aku juga tidaklah pandai merapu macam haq.

Tetapi aku teringat Kisah burung yang membawa air di dalam mulut kecilnya untuk memadamkan api besar yang membakar Nabi Allah Ibrahim as. Burung kecil tadi berulang-alik menghembuskan titisan air ke atas api besar menjadi bahan ketawa haiwan-haiwan lain yang melihat perbuatannya yg sia-sia itu. Namun kata burung, " Walaupun sumbangan ku kecil, aku mesti melakukan juga kerana aku tidak punya alasan sekiranya di tanya Allah, apa yang telah aku lakukan untuk membantu Ibrahim apabila melihat Nabi Allah dibakar oleh Namrud yang kejam."Dan harap-harap dengan tulisan ini dapat mengurangkan ‘kepanasan api’ yang sedang marak membakar ummah.Setakat ini sajalah untuk kali ini. Aku mengharapkan doa dari semua untuk thabat dalam perjaungan ini

Wasallam

[1] Kitab al-Arba’uuna Hadiithan oleh Imam Nawawi

[2,3] Kitab Syarah hadith 40 Imam Nawawi oleh Dr Mustafa al-Bugha & Muhyiddin Misto

Sirr al-Asrar

Sirr al-Asrar

Who is Sirr al-Asrar

Kembara Ilmu

1) Tadika Kemas Taiping Perak

2) SAR Nurul Islam Taiping Perak

3) Sk St George 1 Taiping Perak

4) SK Kg Jambu Taiping Perak

5) SMK King Edward 7 Taiping Perak

6) SMKA Sultan Azlan Shah Bota Perak

7) SBPI Gopeng Perak

8) SMKA Sultan Azlan Shah (kembali)

9) SEPAKAT Driving Car

10) Persijilan Maahad Tahfiz Darul Quran KKB Selangor

11) Pondok Baitul Qura' Sg Udang Melaka

12) Allied Health Sciences CFS IIUM PJ Selangor

13) Tallaqi Kitab Ax101 with Us Muhadir

14) Dietetic IIUM Kuantan

Ar-Rijal

Kedai Kopi

Jemput Ziarah

Popular Posts

TETAMU